Jumaat, 23 November 2012

Novel?

teringin rasanya untuk menulis Novel tentang kisah hidupku. Agak2 korg la kn, ade ke yg nk beli? hehe. ini adalah percubaan menghasilkan karya yg diadun mengikut pengalaman dan apa yg pernah sy lalui.

Tajuk : Jodoh itu Rahsia Allah.
Lokasi : Malaysia
Pada :  2011 - 2012

Pada suatu hari, dikesibukkan riuk pikuk bandar metropolitan Kuala Lumpur, kenderaan yang melintasi lebuhraya Puchong ke Damansara mengikut aturan lampu isyarat sebagai panduan perjalanan trafik mereka, sambil saya dan rakan serumah iaitu Syahir keluar dari kawasan kondominium untuk kami mencari juadah bagi menu makan malam kami.

Sambil melintasi jejantas bagi menuju ke destinasi yang dituju, kelihatan seorang wanita, bertudung labuh, mengenakan baju kurung, berjalan seorang diri sambil melontarkan senyumannya kepada sesiapa sahaja yang berselisih dengannya.

Terdetik dalam hati penulis "subhanallah, siapakah gerangan wanita itu?" "Mungkinkah beliau sudah dimiliki, isteri orang agaknya". Kami meneruskan perjalanan mencari juadah makan malam kami. Dan wanita itu hilang dari pandangan mata kami.

Selang tiga hari berikutnya, semasa saya hendak keluar dari kawasan kondominium, melalui sekatan pondok pengawal, yang biasa dilalui oleh setiap penghuni kondominium mewah sekitar kuala lumpur ini, dari kawasan  legar keluar masuk kondominium, saya sekali lagi terserempak dengan muslimah bertudung labuh ini yang baru sahaja melepasi ruang legar masuk kondominium yang sama, sedang beliau kelihatan sibuk membalas sistem pesanan ringkas kepada seseorang, sambil wajahnya tidak lekang dari senyuman yang boleh mencairkan ais yang berada di kutub Utara kutub Selatan pada tahap sejuk beku. hehe

Jauh dalam lubuk hati penulis, "MasyaAllah, Tabarokallah, Subhanallah, sambil beristighfar bagi mengelak dari fikiran syahwat, mungkin juga beliau ini tunangan orang yang bekerja disekitar kawasan ini?" sangkaan penulis pada tika itu, dan masing-masing terus menuju ke destinasi yang ingin dituju. Wajah ayu berasal dari keturunan melayu yang dilahirkan di sebuah daerah iaitu Machang, yang terletak di kawasan negeri Kelantan Darul Naim.

Pada suatu hari, di waktu petang nak ke senja, salah seorang dari rakan serumah saya terserempak dengan  muslimah tersebut di sekitar kawasan kolam sedang duduk dengan seorang lelaki, lalu rakan itu menceritakan hal demikian kepada saya. Dan rakan saya tersebut menyatakan kepada saya supaya menghapuskan hasrat ingin berkenalan dengan wanita tersebut kerana berkemunginan beliau sudah berkahwin.

Hari-hari pembelajaran di kolej diteruskan seperti biasa. Pada suatu pagi, sewaktu hadir diperkarangan kolej, sambil menunggu waktu untuk masuk ke bilik kuliah, bagaikan bermimpi melihat wanita yang sering menjadi tatapan mata itu, lalu diperkarangan Cafe kolej sambil mengenakan baju seragam kolej iaitu, tudung putih, baju kurung putih serta kain hitam. Yang unik serta menjadi kagum bagi saya, apabila saya melihat beliau masih mengenakan tudung labuhnya sebagai pelindung mahkota aurat beliau, walau pada kebiasaan pelajar kolej ini mengenakan tudung nipis, putih, jarang dan singkat yang biasa dipakai oleh kebanyakan pelajar kolej ini.

Hati penulis mula terdetik, "mungkin beliau adalah penuntut kolej ini juga." Penulis menanam semula hasrat untuk mendekati serta berkenalan dengan wanita itu. Yang menguatkan lagi perasaan itu apabila muslimah tersebut hadir bersama dalam satu sesi kuliah pembelajaran. Tapi beliau adalah senior saya. Memandangkan semester sebelum ini beliau menunda subjek tersebut, beliau menduduki kuliah yang sama pada semester saya.


0 comments: