Khamis, 22 September 2011

menjiwang la plak

video


video ni dedikasikan khas buat habibatiku.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Jumaat, 9 September 2011

Nak jadi Chef?

iye. Itu lah cita2 saye sejak dari bangku sekolah lg. Mase kecik2 dulu, teringat lg time hari jadi kawan saye. teringin sgt nk bg kek kat kawan saye. saye cube buat kek sendiri. siap buatkan kotak sendiri untuk kawan saye tu. Alhamdulillah, jadi gak, walaupun x la sesedap kek Secret Recipe. Hee. tu la cerite lame.

Bila parents masing2 keje. Adik2 saye nk makan, saye la jadi "tukang masak"nye.. ( : syukur la boleh gak masak untuk adik2 saye. Umur melangkau ke satu level iaitu REMAJA. Time tu bile sebut pasal DAPUR mesti dikaitkan dengan golongan WANITA. Salah ke Lelaki masuk dapur?.

Bila dah meningkat umur satu level lg, dan selalu pulak buat reaserch, ternyata Exec Chef pun rata2nya dipelopori oleh golongan ADAM ( LELAKI ). Bermulanya minat dalam bidang pastry bakery ni, ceritanya bermula dengan sembang2 biase, Kakak saye bercerite pada rakan sekerja yang saya pernah buat GREEN APPLE TART dan dorg x pernah jumpe lg Tart mcm tu.




Jadi, dorg minta kakak saye bawakan sample untuk dirasa. Kebetulan pada ketika itu, saye baru habis semester praktikal di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Peluang itu saye ambil untuk siapkan Sample yang dipesan.

Alhamdulillah. Sebulan sebelum raye saye menerima banyak tempahan. ( tak menang tangan dibuatnye ).

Satu hari, di sebuah masjid, berselisih dengan Arwah pakcik sedara saye, Pak Man. Beliau telah memberi semangat supaya saye teruskan usaha saye. beliau mensarankan agar saye menyambung pelajaran dalam bidang yang berkaitan. ingat lg pesanan beliau "kat mane2 pn orang nak makan". Satu industri yang sangat tinggi permintaannya.

saya kini menuntut di Food Institute of Malaysia. Suke untuk saye mempromosikan kolej tempat saye belajar ini untuk mengalakkan para pelajar dari kursus ERT, juga Pramusaji, kerana di Food Institute of Malaysia ini, menawarkan Diploma Seni Kulinari (DCA), Diploma Pastri & Bakeri (DPB), Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan & Restoran (DFRM), Diploma Pengurusan Perhotelan (DHM), dan Diploma Pengurusan Pelancongan (DTM) yang bersesuaian dengan para pelajar yang berminat. Sekiranya anda berminat untuk menyambung pelajaran diperingkat diploma, ini salah satu tempat yang amat saya galakkan. Berani saya katakan begitu, kerana Food Institute of Malaysia adalah salah sebuah institusi pengjian tinggi yang mendapat pengiktirafan MQA.
.

Untuk keterangan lanjut, sila layari website 
http://www.fim.edu.my/