Khamis, 20 Ogos 2015

KAYAP SETOMPOK





Assalamualaikum, saya sendiri merasai derita sakit KAYAP Setompok baru2 ini dibahagian peha kanan. Pada mulanya saya beranggapan hanya sekadar ruam panas. Lama kelamaan kelihatan timbul kemerahan pada kulit, disusuli pula timbul bonjolan berair, apabila dipecahkan, semakin merebak ke bahagian lain. Bila pecah, terasa pedih dibahagian bawah kulit bagaikan ditusuk jarum yang sangat banyak. MasyaAllah kepedihan yg dialami hanya Allah sahaja yg tahu. Dengan rasa panas disekitar kawasan kayap berkenaan. dan apabila beristirehat dalam keadaan baring, akan rasa pula berdenyut dikawasan kayap tersebut, agak tidak selesa untuk tidur. Ada yg beritahu, kayap ini terasa sedemikian disebabkan berkaitan dengan SARAF.

Saya terus ke Klinik Kesihatan berhampiran, dan YA! doktor mengesahkan bahawa saya mengidap KAYAP SETOMPOK. Doktor hanya memberikan ubat makan (ANTIBIOTIK). Saya makan ubat tersebut, tetapi tidak kelihatan mahu berhenti merebak.

Saya sempat bertanya pada tukang urut, beliau memberitahu, ini ialah kayap tapak kaki gajah? :) orang dulu-dulu suka memberi nama sesuatu penyakit berdasarkan pada gejala merebak penyakit tertentu. Ada yg merebak disekitar pinggang dan apabila bercantum dikatakan boleh membawa maut, hal ini pernah terjadi dan KAYAP sedemikian diberi nama KAYAP ULAR. Tukang urut tersebut memberi petua, dengan menggunakan DAUN LIDAH BUAYA, dicampur dengan BERAS yang ditumbuk. Tapi saya hanya menggunakan DAUN LIDAH BUAYA sahaja.

Saya Ambil daun lidah buaya, koyakkan mengikut keperluan, dan garu pada jeli untuk mendapatkan ledir daun tersebut, kemudian sapu pada kayap, dan tunggu sehingga kering dan JANGAN BASUH. Jangan risau pada daun lidah buaya yang lebih tadi, sebab daun lidah buaya mempunyai penutup AUTOMATIK pada daun itu sendiri, dan daun dihujung itu akan tertutup dengan sendirinya bagi melindungi daun tersebut. MasyaAllah maha Ajaib ciptaan Allah ini.

Tahukah anda, ALOVERA/Daun Lidah buaya ini menjadi anti bakteria / anti virus semulajadi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Alhamdulillah setelah sapu pada kayap berkenaan, rasa lega kerana kurang rasa denyut dan pedih pada kayap berkenaan, dan keesokkan harinya mula kelihatan kering dan yang paling gembira, kayap sudah tidak merebak. Hampir seminggu juga saya dapatkan hasil kayap KERING sepenuhnya dan menunggu masa utk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. ingat setiap apa yang Allah ciptakan pasti ada manfaatnya.

oh ya, saya juga mengamalkan Garlic Complex SHAKLEE untuk merawat dari dalam, Alhamdulillah Garlic Complex Shaklee ini membantu sebagai ANTI virus / Bakteria melalui dalaman pula, sebagai pemulihan luar dan dalam. GARLIC/ BAWANG PUTIH ini secara semulajadinya digunakan sebagai bahan yang mampu melawan penyakit serta kuman. untuk mendapatkan Garlic Complex ini anda boleh WHATSAPP/TELEGRAM sy di 0134669126 atau boleh hubungi saya di FACEBOOK : ISZ ISA.

Saya doakan anda/kenalan anda cepat sembuh. dan selamat MENCUBA.

Alhamdulillah ada feedback mengenai KAYAP juga.



0 comments: