Isnin, 28 Disember 2009

Pengalaman Perubatan ku




Sewaktu saya berusia 10 tahun, mase tu saye baru darjah 4. Sedang saya dengan classmate bergotong-royong mengemas bilik darjah, tiba2 seluruh badan saya rasa gatal2.
Saya dibawa ke bilik guru besar. Lalu pihak pengurusan menghubungi Umi. Kemudiannya saya dibawa pulang ke rumah oleh Umi. Badan saya masih rasa tidak selesa dengan kegatalan yang dialami. Jari-jemari tidak henti menggaru.

Saya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kemudiannya saya dibawa ke Hospital Pakar bahagian Dermatologi. Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit ekzema atau eczema. Satu penyakit kulit tidak berjangkit.

Apa itu Ekzema?

Ekzema : Kulit bagai ‘mendidih’

KERADANGAN kulit akibat alahan atau ekzema biasanya dikaitkan dengan makanan, walaupun hakikatnya banyak punca lain boleh menjadi penyebabnya seperti faktor alam sekitar, termasuk cahaya matahari.

Ekzema diambil daripada perkataan Yunani bermakna mendidih dan ia dianggap tepat bagi menerangkan keadaan sebenar apabila ekzema ‘menyerang’ dan menjadi aktif.


Untuk penyakit ini aku diberikan ubat sapuan pelembap, juga ubat sapuan mengandungi steroid. Serta beberapa jenis pil.

Saya menggunakan ubat2 sapuan tersebut sehingga usiaku menjangkau 15 tahun. kemudian radang kulit saya berangsur pulih. tetapi masih meninggalkan kesan parut. Keadaan kesihatan saya tidak begitu baik. Badanku menjadi lemah. tidak bermaya. Saya berhenti mengambil ubat-ubatan yang pernah diambil.

Pada usia Saya menjangkau 17 tahun, radang kulit saya seperti aktif semula. Usia saya masuk 19 tahun, saya dibawa ke selangor untuk berubat. Saya dibawa ke Pusat homeopathy.

Pengamal perubatan tersebut mengatakan Steroid yang pernah saya ambil suatu ketika dahulu adalah hanya untuk "menghalang pengaktifan kuman Eczema". Bagaikan kuman tersebut ditidurkan. Badan saya menjadi lemah juga disebabkan kesan sampingan dari mengambil ubat sapuan Steroid tersebut.





Saya mencuba produk yang disyorkan oleh pengamal perubatan Homeopathy dengan mengambil ubatan yang berasaskn bahan semulajadi.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan ekzema bertambah teruk adalah seperti kulit kering (dehydration), jangkitan kuman S.aureus, cuaca sejuk, jenis material pakaian dan tekanan. Faktor-faktor penyebab seperti habuk dan makanan juga penting untuk diambil kira. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit dinasihati juga supaya mengurangkan pengambilan makanan tertentu seperti kekacang, telur, gandum, kacang soya, dan makanan laut.

1-Pada kebiasaannya, mereka yang menghadapi masalah ini mempunyai sejarah keluarga yang kuat. Jika salah seorang , ibu atau bapa menghidap akzema, anak mereka turut berisiko menghidap penyakit berkenaan sebanyak 60 peratus.

2-Jika kedua-duanya bermasalah ekzema maka risiko anak untuk mendapat penyakit ini lebih tinggi iaitu kira2 81 peratus.

3-Dalam keluarga yang sama selalunya terdapat sejarah penyakit alahan yang lain seperti allergic rhinitis dan lelah ( Asthma ).

*ketiga-tiga penyakit tersebut asasnya adalah alahan. Kadang-kadang pesakit menghidap dua masalah serentak iaitu menghidap ekzema dan Asthma. Mengamalkan cara hidup yang sihat adalah cara yang baik.

Pada awal tahun 2009, Saya disahkan pula sebagai pengidap Thalassemia Minor (trait) juga penghidap migraine.


- Tahap pembawa heterozigot tidak bersimptom.

- Anemia mungkin hadir atau tiada. Sel-sel darah merah adalah hipokromik dan mikrositik dengan jumlah MCV dan MCH yang rendah, menyukarkan perbezaan dengan kekurangan zat besi. Walaubagaimanapun, kedua-dua ini akan dapat dibezakan dengan nilai Ferritin serum dan zat besi yang tersimpan adalah normal dalam trait Thalassemia. Elektroferesis Hb biasanya menunjukkan peningkatan nilai Hb A2 dan kadang-kala Hb F juga turut meningkat. Supplement zat besi tidak perlu diberikan kepada pesakit ini melainkan ada tanda-tanda kekurangan zat besi.



Apa itu Thalassemia?

Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksijen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis talasemia iaitu:

(a)Talasemia minor :
Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

(b)Talasemia major :
Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Talasemia atau dalam bahasa Inggeris'nya Thalassaemia merupakan penyakit keturunan sel darah merah "erythrocyte", dikelaskan sebagai hemoglobinopathi: masalah genetik yang mengakibatkan penghasilan molekul hemoglobin tidak normal. Sel darah merah yang lemah dan terdedah kepada kecederaan mekanikal dan mudah mati. Untuk terus hidup, pengidap talasemia memerlukan pemindahan darah secara berkala.

Syukur saya hanya pengidap dan bukan pembawa. Tetapi saya dinasihati oleh doktor agar menjaga kesihatan memandangkan saya sering keletihan, Lesu tak bermaya.



PEWARISAN THALASSEMIA adalah seperti berikut :

Biasanya penghidap Thalassemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan.Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Thalassemia kepada anak-anaknya.Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.

Peratusan risiko untuk setiap kehamilan:
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Thalassemia(Thalassemia major)


Pesakit Thalassemia :
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal.



Apa itu migraine?

cerita migraine bermula disini. migraine adalah suatu rasa yang tidak selesa pada kepala. Migraine boleh menyerang di atas bulu kening mata di sebelah kiri atau di sebelah kanan atau kedua-duanya selkali. Gejala migraine ini selalunya berpunca dari tekanan terlalu banyak berfikir, juga boleh menyerang penghidap apabila perut mengalami gestrik.

sebelum saya disahkan sebagai pengidap migraine, saya sering kali berasa kekejangan di bahagian belakang leher, kadang-kala berasa sakit bagaikan seperti ada sesuatu yang ingin menembusi kepala. Ada yang berpendapat, simtom yang saya alami hanya kerana penglihatan yang tidak baik.

Saya mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital. disebabkan terlalu sakit, doktor mengesyorkan agar saya menjalani imbasan x ray untuk mengetahui kebarangkalian yang mungkin baik atau sebaliknya. Untuk mendapatkan keputusan x ray tersebut antara seminggu.

selepas seminggu, saya kembali ke hospital untuk mendapatkan keputusan x ray tersebut. Alhamdulillah tiada sebarang masalah. Doktor hanya menasihatkan agar saya banyakkan berehat dan jangan terlalu banyak berfikir. banyakkan minum air masak untuk menyeimbangkan kadar kemasukan oksigen dalam badan dan ke otak.

enam bulan kemudiannya, saya sekali lagi diserang kesakitan di bahagian kepala, kali ini di bahagian dahi, di atas bulu kening kiri dan kanan, kesakitan juga dapat dirasai di sekitar kawasan telinga. saya mendapatkan pemeriksaan di hospital. kali ini, doktor mengesahkan saya menghidap migraine.

saya mendapat ubat seperti MAGNESIUM TRISILICATE CO. dan kapsul MEFENAMIC ACID dan karar pengambilan adalah seperti 2 biji sekali makan, diambil 3 kali sehari selepas makan untuk kedua-dua jenis ubat. saya disarankan mendapat pemeriksaan di hospital besar untuk rawatan susulan.

Semasa mendapatkan rawatan susulan di hospital besar, ubat yang pernah saya ambil digantikan dengan ubat bernama SANDOMIGRIN dengan kadar pengambilan (jika perlu).

Sepertinya, saya tidak selesa untuk mengambil ubat SANDOMIGRIN.

Saya dapatkan rawatan di klinik kerajaan, dan mengadukan hal yang berkaitan. Saya meminta penyakit saya di bawa ke hospital pakar.

di hospital pakar, saya diberikan ubat bernama SIBELIUM. kadar pengambilan Jika Perlu. Ubat ini agak berkesan untuk menangani masalah kesakitan yang saya alami.

Doktor pernah memberitahu, kadar kesakitan migraine seseorang adalah berlainan serta ubatan yang diberikan kepada pesakit juga berlainan mengikut tahap masing-masing.

ini adalah ubat SIBLIUM.



Selepas mengambil ubat SIBLIUM dalam 3 bulan berturut-turut, saya kemudiannya menjalani pemeriksaan kepala dengan menggunakan CT Scan. dan keputusan boleh dikeluarkan angaran dalam masa 20 hari. CT Scan adalah mesin pengimbas 3 dimensi. Ianya bertujuan untuk mendapatkan gambaran otak saya dalam bentuk 3 dimensi.




Jadi, Amalkanlah cara hidup yang sihat.

Alhamdulillah saya temui kaedah baharu utk menghilangkan migraine. Iaitu dengan minum air teh bunga. x kisah la nk minum teh bunga yg fresh ataupun teh bunga kotak tu.. tp memang 99% dapat menghilangkan sakit migraine saya. cubalah.







9 comments:

I'm None berkata...

nice entry ar bro..

ila nursalida berkata...

owh saya juga ade ekzema itu...doktor kata, see with ur ears..sebab kekadang tak semua benda kita elergic. macam saya, dulu elrgic ayam, kalau makan je mesti gatal..now takde dah..benda lain lak elergicnya...

isa berkata...

ok.. thanks ila nursalida. n thanks juge pade cps.style90 atas komen.

ipin's cool berkata...

seemoga lekas sembuh dan penyakit nya di angkat oleh Allah SWT di berikan kesehatran selalul

pudding pie berkata...

semoga awak tabah hadapi dugaan

isa berkata...

terima kasih atas komen dari ipin's cool dan cik pudding pie

Emy ilhamie berkata...

nice sharing ye.. semoga kesihatan u lebih baik. saya mintak izin copy ye... kredit to ur blog.

Jemput datang
rujukvitaminku.blogspot.com

isa Kamal Mokhtar berkata...

thanks @Hanie.. silakan share jika ianya bermanfaat utk semua..

suhailah hamid berkata...

anak sue dr umur 3 bulan lagi mengidap ekzema. sekarang di usia setahun empat bulan ianya semakin baik,mesti kena banyak bersabar.

boleh buat blood test juga nak tahu diri kita allergic pd apa.