Jumaat, 3 Julai 2009

Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah Darul Aman?





















Nie nak cite sikit Pasal Institit Kemahiran MARA Sik,Kedah..

Ape Kursus yang ade kat sini eh?

hm... Antara Kursus yang ditawarkan di IKM Sik ialah....Sijil Teknologi Komputer (STKM), Sijil Teknologi Elektronik Industri (STPP), Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik (STRG), Sijil Teknologi Landskap (STLP), Sijil Teknologi Elektrik Domestik (STED), Sijil Teknologi Penyamanan Udara dan Penyejukan (STPP), Sijil Teknologi Elektrik Kuasa (STEK), dan Artikulasi.


Tapi, Artikulasi ni khusus untuk lepasan GiatMARA. Maksudnya, kalau korang dari GiatMARA, diserap ke program Artikulasi selama enam bulan, lepas tu leh terus masuk ke Semester dua bagi kursus yang ingin diikuti.

Alamat :
Institut Kemahiran MARA Sik,
Jalan Sekolah Agama,
08200 Sik,
Kedah Darul Aman.

Nombor Telefon Pejabat : 04-4692045 / 04-4695964
Nombor Faks : 04-4693416










Logo Rasmi Institut Kemahiran MARA.




















Logo Rasmi Majlis Amanah Rakyat.



















Nie la bangunan Jabatan Elektronik.
Ada dua kursus yang menggunakan bangunan ni, iaitu kursus Sijil Teknologi Komputer (STKM) dan Kursus Sijil Teknologi Elektronik Industri (STEI). Antara kemudahan yang disediakan ialah, Lab Information Technology yang mempunyai kelengkapan komputer, Wiring Lab, digital Lab, Networking Lab, Maintenance Lab, Analogue Lab, Operating System Lab, Hardware Lab dan lain-lain lagi.























nie pulak Bangunan Pentadbiran.
kat sini, slalunye tempat pelajar berurusan berkenaan hal, elaun, nk jumpe kaunselor, mengambil surat, dokumentasi, berurusan dengan Pengarah, Timbalan-timbalan pengarah, ketua Jabatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian hal Ehwal Akedamik dan lain-lain lagi..
























Bangunan Putih hijau ni pula ialah, Dewan Besar IKM Sik. kat sini mcm2 aktiviti yg menggunakan Dewan ni. Antara aktivitinya seperti Pendaftaran Pelajar, Peperiksaan , Minggu Aktiviti, Majlis konvo, Perhimpunan Bulanan,Sambutan Kemerdekaan, Minggu Silaturahim, Perasmian Majlis2, Sambutan Hari Raya Peringkat IKM Sik, Juga digunakan oleh pihak Sekitar IKM Sik dan macam2 lagi.






















ni antara gelaggang permainan. Kat sini la pelajar2 lakukan aktiviti Sukan dan riadah. Kelihatan juga Bangunan Dewan Makan. Disinilah Para pelajar menjamu selera. Para pelajar disediakan makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Jika inginkan selera lain, pelajar akan berkunjung ke Cafe pelajar yang terletak di pusat pelajar berdekatan dengan bangunan Dewan Makan ini.

























Pandangan dari Asrama Lelaki Tiga dari Aras Dua. Time ni petang, baru lepas reda dari Hujan.
Kelihatan di dalam gambar tersebut ialah Gelanggang Sepak Takraw, terletak bersebelahan bangunan Jabatan Teknologi Senibina Grafik. Bangunan tu diguna oleh Pelajar dari kursus Sijil Teknologi Landskap ( STLP ) dan Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik ( STRG ). Disediakan kemudahan bilik komputer, Studio grafik, Studio Plan, bilik bengkel amali, dan lain-lain bilik bengkel.



















Surau IKM Sik. Atau lebih dikenali sebagai Pusat Islam. Kat sini, Pelajar wat mcm2 aktiviti, seperti masak secara bergotong-royong, Ceramah Perdana dengan menjemput penceramah luar,
Kursus Pengurusan Jenazah, Kiammulail, Berbuka puasa, penilaian Hafazan Surah Yassin, n macam2 lagi la.























Pandangan Sisi Pusat Islam Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah. Surau ini digunakan untuk aktiviti keagamaan. Kadang - kala menjemput penceramah luar.























Pandangan dari dalam Pusat Islam atau Surau IKM Sik. Surau ini pernah digunakan sebagai Surau Jumaat. Ianya digunakan ketika Masjid Namik, Sik sedang dinaik taraf.



























Dewan Theateret
. Dewan nie digunekan time ade sesuatu majlis atau aktiviti yang digunakan untuk kapasiti pengguna yang sedikit. Antara aktiviti yang Pernah dijalankan di Dewan
Theateret ini ialah Kursus Perkahwinan Islam, Perhimpunan Ringkas, Proses Dokumentasi Pelajar baru, n macam2 lagi la.


Antara kemudahan - kemudahan lain yang disediakan ialah:

-Kedai Koperasi : Menyediakan perkhidmatan fotostat, Print, serta menjual keperluan pelajar.

-Cyber Cafe mini: Pelajar boleh menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan kadar bayaran bagi penggunaan internet yang berpatutan. Jika pelajar mempunyai Komputer Riba ( Leptop ) sendiri, pelajar boleh menggunakan internet secara tanpa wayar
( Wireless ) dengan membayar mengikut pakej yang disediakan.

Perpustakaan : Pelajar boleh ke perpustakaan untuk membuat rujukan serta membuat perbincangan.

- Van : disediakan untuk kemudahan pelajar. Sekiranya pelajar mempunyai masalah kesihatan, Van disediakan untuk pengangkutan pelajar ke hospital, tetapi, kemudahan ini adalah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Bas : Disediakan untuk kemudahan pengangkutan bagi aktiviti luar yang memerlukan penggunaan bas.

Kaunselor : bagi pelajar yang mempunyai masalah pelajaran, masalah peribadi yang memerlukan bimbingan dari kaunselor, boleh bertemu terus di bilik Kaunseling yang terletak di bangunan pentadbiran. Kaunselor yang terlatih dapat memberikan bimbingan kepada mereka yang memerlukannya.

Badan Perwakilan Pelajar (BPP) : adalah perantara antara pihak pelajar dengan pihak pengurusan ( pentadbiran). Jika pelajar ingin mengemukakan sesuatu kepada pihak pentadbiran, pelajar boleh terus berjumpa dengan BPP untuk menyatakan sesuatu untuk dibincangkan dengan pihak pengurusan. Jika pelajar mempunyai masalah-masalah lain seperti, masalah kesihatan, masalah asrama, masalah dewan makan dan sebagainya juga boleh berkongsi dengan pihak BPP. Pelajar juga boleh membuat aduan dengan mengisi Borang Aduan Pelajar yang disediakan oleh pihak BPP.

-Gelanggang Tenis, Gelanggang bola baling, dan gelanggang sepak takraw .

- Padang dan Astaka.

-Kokurikulum : Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Wataniah, Kelab Prostar, Persatuan Islam, dan Persatuan Bulan Sabit Merah, kelab silat.

-Sebuah Bangnan Asrama Wanita, Tiga buah bangunan Asrama Lelaki.














1 comments:

fakrul berkata...

assalamualaikum...syer selaku pelajar dari kolej islam antarabangsa,batu cave gombak,selangor.
melihat prestasi ikm sik kedah amat meningkat dengan menonjolkan pelbagai peringkat yang lebih kondusif terutama nya komponen pembinaan masjid yang lebih selesa untuk para pelajar....