Selasa, 28 Februari 2012

~ ♥♥ ~ Ukhuwah Fillah Abadan Abada ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu Indah ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

~ ♥♥ ~ Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

~ ♥♥ ~ Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

~ ♥♥ ~Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri


~ ♥♥ ~ Di mana letaknya ukhuwah kita?

diakui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. kita mahu ukhuwah bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, kita tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kita telah pun terikat padu.

~ ♥♥ ~ diharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh/ah hingga nanti apabila kita ditakdirkan berkahwin, setiap dari kita mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan. amin. ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ hadis :

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim). ~ ♥♥ ~

2 comments:

syabab berkata...

ehmm...syabab sehingga hari ni masih belaja n mencari ukhuwah fillah uh cmne... bertemu dan berpisahnya persahabatan itu kerana Allah...mudah2han syabab dpt mencari persahabtan yg seperti itu...amin...

isa Kamal Mokhtar berkata...

Iye bertemu berpisah kerana Allah. Bersahabat, berkasih sayang dengan jalinan ikatan yang dilandaskan dengan mencari redho Ilahi. Doalah moga Allah pertemukan anda dengan yg selayaknya untuk didampingi. ^_^"