Selasa, 18 Ogos 2015

SURAT BERSALIN ISTERI, dari SUAMI KEPADA PIHAK HOSPITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai seorang SUAMI MUSLIM, tugas memelihara aurat ISTERI adalah TANGGUNGJAWAB SUAMI. Jika tidak berusaha dalam memelihara aurat isteri, SUAMI-LAH yang akan dipersoalkan di AKHIRAT kelak. Sebagai satu usaha memelihara AURAT ISTERI ketika di LABOUR ROOM supaya diikhtiarkan mendapat perhatian HANYA STAFF WANITA/MUSLIMAH sahaja yang terlibat semasa proses BERSALIN. Jika SUAMI sudah berusaha memberi SURAT HITAM PUTIH, dan pada ketika itu permohonan suami tidak dapat dipenuhi oleh pihak HOSPITAL atas FAKTOR (tidak cukup staff WANITA) atau mempunyai komplikasi yang memerlukan penglibatan DOKTOR/STAFF PAKAR LELAKI, Maka, suami sudah dikira berusaha seboleh mungkin.

dan ALHAMDULILLAH saya panjatkan kesyukuran kehadrat ILAHI kerana dipermudahkan urusan pada ketika itu, dan SURAT saya diterima oleh pihak LABOUR ROOM, isteri saya mendapat perhatian DOKTOR WANITA MUSLIMAH, bidan serta JURURAWAT wanita untuk menyambut kelahiran anak kami. Saya suka untuk berkongsi FORMAT SURAT RASMI yang saya titipkan kepada pihak HOSPITAL ketika itu. Sila manfaatkan untuk semua.

Saya juga terpanggil untuk memberi teguran, jika isteri ENCIK/TUAN sudah selamat bersalin, WAJIB juga memelihara AURAT isteri untuk dipakaikan TUDUNG semasa keluar dari LABOUR ROOM dan menuju ke WAD SEPELAS BERSALIN, saya banyak kali perhatikan WANITA ISLAM yang selamat bersalin di LABOUR ROOM tidak memakai TUDUNG KEPALA ketika selamat melahirkan ZURIAT mereka. Maaf andai terkasar bicara.

UNTUK PESANAN UMUM : SURAT TU NANTI LETAK, LIPAT BAHAGIAN YG BERTULIS DILUAR DAN LETAK DI LUAR BUKU PINK IBU UNTUK DPT PERHATIAN STAFF LABOUR ROOM.

Sekian. Terima Kasih.


0 comments: