Selasa, 28 Februari 2012

menanti saat lafaz sakinah



Aku tidak pernah memilihmu untukku,tapi Allah Azza wa Jalla yang memilihmu untukku..


aku tidak pernah mengharap mencintaimu,tapi ALLAH Azza wa Jalla telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..


aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu,tapi Allah Azza wa Jalla yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.Tapi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Karena sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah Fillah Abadan Abada ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu Indah ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

~ ♥♥ ~ Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

~ ♥♥ ~ Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

~ ♥♥ ~Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri


~ ♥♥ ~ Di mana letaknya ukhuwah kita?

diakui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. kita mahu ukhuwah bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, kita tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kita telah pun terikat padu.

~ ♥♥ ~ diharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh/ah hingga nanti apabila kita ditakdirkan berkahwin, setiap dari kita mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan. amin. ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ hadis :

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim). ~ ♥♥ ~

Sabtu, 18 Februari 2012

Saye dah jadi tunang orang? Seyes?

23/1/2012 Alhamdulillah saye sudah pun bergelar tunangan orang. Perjalanan dari Perak wilayah Labu sayong, ke Kelantan wilayah Keropok lekor cicoh budu.. ? eh buleh ke mcm tu punya ayat? haha.. pape lah an... hmm Bermula seawal Jam 8.30pagi rombongan kami melalui tol Simpang pulai terus ke Exit Kuala Kangsar, terus ke Gerik, kemudiannye terus ke dan terus ke tanah merah. Kami di sambut dari tanah merah menuju ke Machang.


Setibanya kami di Machang, menginap di sebuah rumah, berkumpulnye kami dengan kegembiraan dan bercampur keletihan akibat perjalanan yang agak lama ^_^.


Kami pun berehat ketika malam melabuhkan tirainya. Keesokkan harinya, Subhanallah, suatu perasaan yg tidak dapat diungkap dengan kata2. Perasaan berdebar sememangnya muncul sejak malam lg.. sehingga lah pagi hari kejadian.


Seronok. Pagi tersebut kami serombongan Breakfast di sebuah warung Roti Canai. hehe... kami sahaja dah penuh gerai tu... mujur x semua Ahli Keluarga kaum Kerabat Haji Khatim yg pergi, kalau x, memang x muat la warung tu.. Sesudah bersarapan, kami menanti saat untuk ke rumah Si dia..


saatnya pun telah tiba. Bersiap kami ke rumah Si dia. Untuk mengapai Cinta Allah, saya melalui proses pertunangan yang julung2 kalinya saya lalui.


Sesampai di rumah si Dia, Allah huAkbar! berdebar makin ketara.. kami disambut dengan penuh mesra.. majlis pun bermula dengan wakil pihak perempuan menjual pantun dan kami pn x berpantun hehe... sangat meriah suasana majlis tersebut.. selesai perbincangan, ha.. ini lah saat yg dinanti2kan/... Saat cincin disarung menandakan sudah bergelar tunangan orang. Dengan saye2 pn kena disarung cincin hehe best!!


saat itu, berdebar bercampur perasaan sebak berlegar2 dibenak fikiran ini. Umi buya... Syukron jazilan... Kerna kalian telah melahirkan daku kedunia ini untuk menikmati rasa manisnya cinta Ilahi, cinta daku terhadap kalian dan bakal mencintai seorang yg bergelar isteri insyaAllah.


















































Maka saya sudah menjadi tunang org... Wahai jelitawan.. yg kat luar sane tu jgn la makan hati pula iye? Mungkin kat luar sana ada yg lagi berhak untuk berdamping dengan kalian.. Allah telah simpan mereka untuk persiapkan diri untuk menjadi pemimpin kalian kelak insyaAllah.


Maka Allah pilih saya bertunang dengan si dia. Setiap apa yang Allah jadikan itu pasti ada asbab dan musababnya yg tersendiri.

Blog-Ku Bersawang ::^_^::


Assalamu'alaikum sume.. wah!! Lamenye x update blog nih.. Besawang suda.. Tahun ni sy sibuk dengan pelbagai urusan.. dengan kekangan waktu menyebabkan blog ni terbiar besawang.. hehe ni tgh nk bersihkn la nie hehe... (mcm ade sawang je). Haha... name pn Website : Laman Sesawang. hmm ade ke sawangnye? hehe.. ape tah yg dimerepekkan ni.. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sekali dengan aktiviti "baru bermula" pada awal tahun ni.

Allah HuAkbar. Pelbagai cerita yg ingin dikongsi bersame. Pada awal tahun ni, telah sy lalui "Commercial Class". Ape yg dipelajari dlm subject ni? hm... Para pelajar akan didedahkan dengan Alam pekerjaan yg bakal mereka tempuhi. Mempunyai dua sesi iaitu "kitchen : Food Preparation" dan "Service : at real restaurant" with real food and real customer, real operation and all real la cite dye hehe.. Bestnye class ni, kami didedahkn bagaimana memnyediakan makanan yg sangat berkualiti sebelum dihidangkan kepada para pelanggan. Di bahagian Kitchen, terdiri daripada pelajar2 yg akn memikul tugas masing2. ada yg akan jadi Chef of the day (COD), yg memainkan peranan membahagikan staff mengikut department such as ( Dessert, Appetizer, Main Course, Soups ).

Kalau Service Class pulak, ha.. yg ni best... hehe mcm2 ragam pelanggan kite akan jumpe... Service Class ni, akan ada pelajar menjadi Manager of The day (MOD) yg berperanan membahagikan tugas, seperti, Host, Server, Steward, dan Cashier. Jadi Setiap pelajar berpeluang memegang jawatan yg berlainan pada setiap minggu.

Berikut adalah gambar2 yg diambil semasa sesi class berlangsung:




Semasa menjadi staff bahagian Dessert




Ketika saya dilantik oleh MOD untuk menjadi Host restaurant