Jumaat, 23 November 2012

Novel?

teringin rasanya untuk menulis Novel tentang kisah hidupku. Agak2 korg la kn, ade ke yg nk beli? hehe. ini adalah percubaan menghasilkan karya yg diadun mengikut pengalaman dan apa yg pernah sy lalui.

Tajuk : Jodoh itu Rahsia Allah.
Lokasi : Malaysia
Pada :  2011 - 2012

Pada suatu hari, dikesibukkan riuk pikuk bandar metropolitan Kuala Lumpur, kenderaan yang melintasi lebuhraya Puchong ke Damansara mengikut aturan lampu isyarat sebagai panduan perjalanan trafik mereka, sambil saya dan rakan serumah iaitu Syahir keluar dari kawasan kondominium untuk kami mencari juadah bagi menu makan malam kami.

Sambil melintasi jejantas bagi menuju ke destinasi yang dituju, kelihatan seorang wanita, bertudung labuh, mengenakan baju kurung, berjalan seorang diri sambil melontarkan senyumannya kepada sesiapa sahaja yang berselisih dengannya.

Terdetik dalam hati penulis "subhanallah, siapakah gerangan wanita itu?" "Mungkinkah beliau sudah dimiliki, isteri orang agaknya". Kami meneruskan perjalanan mencari juadah makan malam kami. Dan wanita itu hilang dari pandangan mata kami.

Selang tiga hari berikutnya, semasa saya hendak keluar dari kawasan kondominium, melalui sekatan pondok pengawal, yang biasa dilalui oleh setiap penghuni kondominium mewah sekitar kuala lumpur ini, dari kawasan  legar keluar masuk kondominium, saya sekali lagi terserempak dengan muslimah bertudung labuh ini yang baru sahaja melepasi ruang legar masuk kondominium yang sama, sedang beliau kelihatan sibuk membalas sistem pesanan ringkas kepada seseorang, sambil wajahnya tidak lekang dari senyuman yang boleh mencairkan ais yang berada di kutub Utara kutub Selatan pada tahap sejuk beku. hehe

Jauh dalam lubuk hati penulis, "MasyaAllah, Tabarokallah, Subhanallah, sambil beristighfar bagi mengelak dari fikiran syahwat, mungkin juga beliau ini tunangan orang yang bekerja disekitar kawasan ini?" sangkaan penulis pada tika itu, dan masing-masing terus menuju ke destinasi yang ingin dituju. Wajah ayu berasal dari keturunan melayu yang dilahirkan di sebuah daerah iaitu Machang, yang terletak di kawasan negeri Kelantan Darul Naim.

Pada suatu hari, di waktu petang nak ke senja, salah seorang dari rakan serumah saya terserempak dengan  muslimah tersebut di sekitar kawasan kolam sedang duduk dengan seorang lelaki, lalu rakan itu menceritakan hal demikian kepada saya. Dan rakan saya tersebut menyatakan kepada saya supaya menghapuskan hasrat ingin berkenalan dengan wanita tersebut kerana berkemunginan beliau sudah berkahwin.

Hari-hari pembelajaran di kolej diteruskan seperti biasa. Pada suatu pagi, sewaktu hadir diperkarangan kolej, sambil menunggu waktu untuk masuk ke bilik kuliah, bagaikan bermimpi melihat wanita yang sering menjadi tatapan mata itu, lalu diperkarangan Cafe kolej sambil mengenakan baju seragam kolej iaitu, tudung putih, baju kurung putih serta kain hitam. Yang unik serta menjadi kagum bagi saya, apabila saya melihat beliau masih mengenakan tudung labuhnya sebagai pelindung mahkota aurat beliau, walau pada kebiasaan pelajar kolej ini mengenakan tudung nipis, putih, jarang dan singkat yang biasa dipakai oleh kebanyakan pelajar kolej ini.

Hati penulis mula terdetik, "mungkin beliau adalah penuntut kolej ini juga." Penulis menanam semula hasrat untuk mendekati serta berkenalan dengan wanita itu. Yang menguatkan lagi perasaan itu apabila muslimah tersebut hadir bersama dalam satu sesi kuliah pembelajaran. Tapi beliau adalah senior saya. Memandangkan semester sebelum ini beliau menunda subjek tersebut, beliau menduduki kuliah yang sama pada semester saya.


Rabu, 17 Oktober 2012

Nikah?










































Alhamdulillah. sy sudah mendirikan Masjid. Tercapai target sy utk bernikah pada usia 25 tahun. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Telah tertulis segalanya di Luf Mah Fuz. Jodoh itu rahsia Allah? ye. memang jodoh itu rahsia Allah. tanggal 23 ogos 2012 sy sah bergelar seorang suami.

Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim. Selawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAamiin ya Rabbal'alamin.


Wahai istriku,ku teringat sebuah kewajiban yang harus ku tunaikan sebagai seorang suami, sebagai seorang nahkoda dalam kapal kita, sebagai seorang pemimpin dalam rumah tangga kita.

Wahai istriku, ku akan berusaha menjadi suami yang baik, yang menyayangimu yang berusaha untuk berta’awun (saling tolong menolong) dalam kebaikan.

Wahai istriku,ku akan selalu berusaha membuat dirimu senang, sebagaimana ku senang jika diperlakukan seperti itu. Diantaranya ku akan berusaha selalu tampil kemas, wangi dihadapan dirimu. Sebagaimana ku senang jika ku diperlakukan seperti itu.

Wahai istriku,jika engkau melihat dari diriku rasa cemburu itu bukti rasa cintaku padamu.Yang dengan itu, aku berusaha menjaga dan mencintaimu,semoga dengan sebab kecemburuanku yang syar’i menjadi sebab terjaganya dirimu,ku ingin seperti Sa’ad bin Ubadah bahkan ku ingin seperti Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam.

Wahai istriku,engkau dalam pandanganku seorang yang sangat berharga bagi diriku,rupa yang luar biasa, ketaatanmu yang membuat diriku tambah mencintai dirimu. Engkau diantara anugrah yang terbesar yang Allah berikan kepada diriku, sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah ” (HR Muslim)

Wahai istriku,kebaikanmu begitu besar kepada diriku,kasih sayang dan kelembutanmu,ketaatan dan kesetiaanmu,layanan dan pengorbananmu begitu terasa oleh diriku,wahai istriku,semoga Allah membalas kebaikanmu dengan masukkanmu kedalam surga-Nya.

Wahai istriku,ingatkanlah jika suamimu keliru,jika ada hakmu yang terlalaikan, wahai istriku jangan engkau ragu untuk menasihatiku jika suamimu ini keliru,jika suamimu salah,wahai istriku ku ingin rumahtangga kita dibangun diatas saling menasihati di dalam ketaatan kepada Allah,karena atas dasar inilah agama kita dibangun. sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Agama itu adalah nasihat” (HR Muslim)

Wahai istriku,ku ingin hubungan kita dibangun atas saling percaya dan saling berkhusnudzan (berberbaik sangka) satu dengan yang lainnya, kerana dengan sebab inilah akan menutup celah hal-hal yang akan menimbulkan hubungan kita tidak harmoni.

Wahai istriku,ku akan melangkahkan kaki ini, mengerahkan tenaga mencari rezeki yang halal yang Allah tetapkan untuk diriku, sebagai tanggungjawab seorang suami untuk menafkahi anak dan istrinya.

“ Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberikan nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya “ (QS. Ath-Thalaq : 7)

Wahai istriku,ku akan selalu berusaha bergaul dengan pergaulan yang baik dengan dirimu,dengan kelembutan dan kasih sayang,dengan tutur kata yang sopan dan etika yang baik,dengan mendengar dan menghargai pendapatmu,dengan membantu dan meringankan pekerjaanmu,dengan bersikap yang baik dan menjaga perasaanmu,wahai istriku maafkan suamimu jika masih jauh dari hal itu,ku ingin berusaha berbuat yang terbaik untuki dirmu.

Wahai istriku,ku ingin engkau akrab dengan kedua orang tuaku. Wahai istriku mulailah dengan berlaku lemah lembut kepadanya,membantu pekerjaannya,niscaya engkau akan disayang seperti anaknya sendiri.

Wahai istriku semoga Allah menjaga dan merahmati rumahtangga kita diatas ketaatan kepada Allah Azza Wa Jalla hingga akhir hayat kita,dan memasukkan kita ke dalam surga-Nya.

♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥

uhibbuki fillah abadan abada.

Jumaat, 2 Mac 2012

Resepi Kuah kacang

mase plan nk buat majlis doa selamat itu hari, tetibe je ade yg bg idea nk buat kuah kacang makan dgn nasi impit ^_^" credit to Mohd Nafis

tp time buat itu hari, pakai Mix nut. hehe tu yg rase sedap melampau haha #kembanglalaudyebace 



Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah! 
 #Confirm Jadi

ape pn, slamat mencuba smue ^_^

Selasa, 28 Februari 2012

menanti saat lafaz sakinah



Aku tidak pernah memilihmu untukku,tapi Allah Azza wa Jalla yang memilihmu untukku..


aku tidak pernah mengharap mencintaimu,tapi ALLAH Azza wa Jalla telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu..


aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu,tapi Allah Azza wa Jalla yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu..

aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.Tapi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu..

itulah aku adanya. .Tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri. . .Karena sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimana ku berbuat.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah Fillah Abadan Abada ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu Indah ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

~ ♥♥ ~ Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

~ ♥♥ ~ Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

~ ♥♥ ~Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

~ ♥♥ ~ Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta'aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta'awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri


~ ♥♥ ~ Di mana letaknya ukhuwah kita?

diakui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. kita mahu ukhuwah bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, kita tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kita telah pun terikat padu.

~ ♥♥ ~ diharapkan setiap dari kita sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah soleh/ah hingga nanti apabila kita ditakdirkan berkahwin, setiap dari kita mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap dari kita sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan. amin. ~ ♥♥ ~

~ ♥♥ ~ hadis :

"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim). ~ ♥♥ ~

Sabtu, 18 Februari 2012

Saye dah jadi tunang orang? Seyes?

23/1/2012 Alhamdulillah saye sudah pun bergelar tunangan orang. Perjalanan dari Perak wilayah Labu sayong, ke Kelantan wilayah Keropok lekor cicoh budu.. ? eh buleh ke mcm tu punya ayat? haha.. pape lah an... hmm Bermula seawal Jam 8.30pagi rombongan kami melalui tol Simpang pulai terus ke Exit Kuala Kangsar, terus ke Gerik, kemudiannye terus ke dan terus ke tanah merah. Kami di sambut dari tanah merah menuju ke Machang.


Setibanya kami di Machang, menginap di sebuah rumah, berkumpulnye kami dengan kegembiraan dan bercampur keletihan akibat perjalanan yang agak lama ^_^.


Kami pun berehat ketika malam melabuhkan tirainya. Keesokkan harinya, Subhanallah, suatu perasaan yg tidak dapat diungkap dengan kata2. Perasaan berdebar sememangnya muncul sejak malam lg.. sehingga lah pagi hari kejadian.


Seronok. Pagi tersebut kami serombongan Breakfast di sebuah warung Roti Canai. hehe... kami sahaja dah penuh gerai tu... mujur x semua Ahli Keluarga kaum Kerabat Haji Khatim yg pergi, kalau x, memang x muat la warung tu.. Sesudah bersarapan, kami menanti saat untuk ke rumah Si dia..


saatnya pun telah tiba. Bersiap kami ke rumah Si dia. Untuk mengapai Cinta Allah, saya melalui proses pertunangan yang julung2 kalinya saya lalui.


Sesampai di rumah si Dia, Allah huAkbar! berdebar makin ketara.. kami disambut dengan penuh mesra.. majlis pun bermula dengan wakil pihak perempuan menjual pantun dan kami pn x berpantun hehe... sangat meriah suasana majlis tersebut.. selesai perbincangan, ha.. ini lah saat yg dinanti2kan/... Saat cincin disarung menandakan sudah bergelar tunangan orang. Dengan saye2 pn kena disarung cincin hehe best!!


saat itu, berdebar bercampur perasaan sebak berlegar2 dibenak fikiran ini. Umi buya... Syukron jazilan... Kerna kalian telah melahirkan daku kedunia ini untuk menikmati rasa manisnya cinta Ilahi, cinta daku terhadap kalian dan bakal mencintai seorang yg bergelar isteri insyaAllah.


















































Maka saya sudah menjadi tunang org... Wahai jelitawan.. yg kat luar sane tu jgn la makan hati pula iye? Mungkin kat luar sana ada yg lagi berhak untuk berdamping dengan kalian.. Allah telah simpan mereka untuk persiapkan diri untuk menjadi pemimpin kalian kelak insyaAllah.


Maka Allah pilih saya bertunang dengan si dia. Setiap apa yang Allah jadikan itu pasti ada asbab dan musababnya yg tersendiri.