Mengekalkan Persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.
Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
* Aku rasa sangat terkilan dengan apa yang telah aku wat kat sahabat aku. Aku sangkakan, ingin mengambil berat pada sahabat aku, aku perlu mengetahui segala yang dilakukannya, ( dah makan ke, dah solat ke, dah balik ke belum dari kelas, dah sampai ke kat rumah, dah cukup ke keperluan die, dan berbagai lagi gerak geri sahabat aku, aku ingin tahu) . Aku tidak menyangkakan yang sahabat aku akan merasakan tidak selesa dan rimas dengan perbuatan tersebut.
Sahabat ku ( Berbaju Melayu Putih )
Arwah Mohd Khairul Hikmi bin Ishak.
Moga bersemadi dengan Tenang menghadap robbul Jalil.
Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...
*Aku pun pernah merasakan sedemikian terhadap sahabat ku. Tapi aku silap, aku sepatutnya membiarkan sahabat ku rasa bebas untuk berkawan dengan sapa pun. Tapi dulu, aku selalu selidik, dengan sape die kuar, dengan sape die mkn, dengan sape die jalan, n macam2 lagi..Sehingga kini, aku rase terkilan atas perbuatan aku tu... Sekarang, sahabat ku berada di Pusara suci. moga Arwah bersemadi dengan aman di sana.. Al fatihah.
Saling Memahami
Arwah Mohd khairul hikmi bin ishak.
Al-fatihah.
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar membeli barang, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari rakan mu yang lain, lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.
*jangan jadi macam aku sudah... Sampai sekarang aku tak dapat nak maafkan diri ini atas perbuatan aku pada Sahabat aku. tak sempat nak mintak maaf pada si dia yang bergelar sahabat... Harap jadi iktibar pada yang lain...
Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
* Teringat mase aku bersama Arwah, kadang-kala aku sering tak mahu mengalah dalam percakapan. Aku je nak menang. Aku tak pikir tentang perasaannya tika itu. Hanya pikirkan tentang " Aku je yang betul ". Sesal kemudian tiada gunanya.
Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
* time aku marah, memang la kalau diikutkan ati marah aku nie, aku malas la nak bertegur dengan die. tapi aku selalu cepat mengalah dan memaafkan die untuk menjaga persahabatan kami. Alhamdulillah. Kekal persahabatan kami hingga ke akhirnya. Moga beliau aman di pusara Suci.
CARA-Cara memilih Sahabat
hehehe
Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
10 comments:
sukar mencari sahabt sejati...
emm sabar ek awk....
follow blog sayer
follow blog semut
Assalamualaikum...
ana suka cara anta berfikir mengenai sahabat...Bertemu & berpisahnya sahabat Kerana Allah S.W.T...
SEmoga Allah memberi peluang untuk kita saling meluaskan jalinan kasih Sahabt demi untuk mewujudkan ikatan Aqidah yang Mantop...Indahnya ISLAM
weh, apahal gambar ak x ada dalam kwn kau?
hahaha
thanks pada yang comment.. "kotak Hati"... betol pe yg u cakap.. memang susah nak cari Sahabat sejati...
sememang nya susah nk cari yg btul2 bleh memahami diri kita..knkwn senang je nk cari,tp shbat 2 pyah kn...
memang susah kn mencari seorang sahabat..
terharu lak bace entri nie... salam ziarah... aku smpai sknk pon masih belaja mngenal ape itu shbt...kekdang bila aku temui sorg pon aku akn wat cm ko wat... rase jeles nk tau spe die kawan n sbgnya... hasilnya diri kite gak yg sakit..tul ckp ko berikan kebebasan dlm pershbtn.. pershbtn sejati pabila shbtnye yg lain rase sakit pe yg belaku pde nye walopun mereka tidak bersua muka di saat shbtnye dlm kesakitan..
Entri yang baik... kadang-kala, orang tak tahu, apa yg org lain fikirkan... perkongsian menarik nie... Setujulah antara perihal mengenai sahabat...
Catat Ulasan