Khamis, 10 November 2011

Resepi Almond London

resepi ni percume utk korg. ^_^
(Almond London)
Biskut:
250 gm butter( kalau nk pakai margerin pn boleh )
125 gm gula castor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
Hiasan:
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak, api kecil atau bake sekejap dlm oven selama 10-15 minit suhu 150C)
50 gm badam cincang (utk hiasan : bake sekejap dlm oven selama 10 minit atau hungga keperangan )
+/- 700 gm coklat ( saye guna compound coklat lebih baik dr cooking coklat )
3 sudu cocoa butter

Cara-cara

Pukul butter dengan gula hingga kembang.Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. Masukkan serbuk badam, kacau.Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnye.Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit butter(xnk lenser pn xpe).Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit atau sehingga kekuningan (bkn warna coklat, kalau coklat tu dah terlebih masak.) nk taw biskut tu dah masak ke belum, tngk bawah biskut tu sudah kuning keemasan..
Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" dan masukkan cocoa butter sehingga cair dan tidak berketul.Masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. ( guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) #Awas, coklat panas!.Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan.Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan. Selamat Mencuba ^_^

Khamis, 22 September 2011

menjiwang la plak



video ni dedikasikan khas buat habibatiku.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Jumaat, 9 September 2011

Nak jadi Chef?

iye. Itu lah cita2 saye sejak dari bangku sekolah lg. Mase kecik2 dulu, teringat lg time hari jadi kawan saye. teringin sgt nk bg kek kat kawan saye. saye cube buat kek sendiri. siap buatkan kotak sendiri untuk kawan saye tu. Alhamdulillah, jadi gak, walaupun x la sesedap kek Secret Recipe. Hee. tu la cerite lame.

Bila parents masing2 keje. Adik2 saye nk makan, saye la jadi "tukang masak"nye.. ( : syukur la boleh gak masak untuk adik2 saye. Umur melangkau ke satu level iaitu REMAJA. Time tu bile sebut pasal DAPUR mesti dikaitkan dengan golongan WANITA. Salah ke Lelaki masuk dapur?.

Bila dah meningkat umur satu level lg, dan selalu pulak buat reaserch, ternyata Exec Chef pun rata2nya dipelopori oleh golongan ADAM ( LELAKI ). Bermulanya minat dalam bidang pastry bakery ni, ceritanya bermula dengan sembang2 biase, Kakak saye bercerite pada rakan sekerja yang saya pernah buat GREEN APPLE TART dan dorg x pernah jumpe lg Tart mcm tu.




Jadi, dorg minta kakak saye bawakan sample untuk dirasa. Kebetulan pada ketika itu, saye baru habis semester praktikal di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Peluang itu saye ambil untuk siapkan Sample yang dipesan.

Alhamdulillah. Sebulan sebelum raye saye menerima banyak tempahan. ( tak menang tangan dibuatnye ).

Satu hari, di sebuah masjid, berselisih dengan Arwah pakcik sedara saye, Pak Man. Beliau telah memberi semangat supaya saye teruskan usaha saye. beliau mensarankan agar saye menyambung pelajaran dalam bidang yang berkaitan. ingat lg pesanan beliau "kat mane2 pn orang nak makan". Satu industri yang sangat tinggi permintaannya.

saya kini menuntut di Food Institute of Malaysia. Suke untuk saye mempromosikan kolej tempat saye belajar ini untuk mengalakkan para pelajar dari kursus ERT, juga Pramusaji, kerana di Food Institute of Malaysia ini, menawarkan Diploma Seni Kulinari (DCA), Diploma Pastri & Bakeri (DPB), Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan & Restoran (DFRM), Diploma Pengurusan Perhotelan (DHM), dan Diploma Pengurusan Pelancongan (DTM) yang bersesuaian dengan para pelajar yang berminat. Sekiranya anda berminat untuk menyambung pelajaran diperingkat diploma, ini salah satu tempat yang amat saya galakkan. Berani saya katakan begitu, kerana Food Institute of Malaysia adalah salah sebuah institusi pengjian tinggi yang mendapat pengiktirafan MQA.
.

Untuk keterangan lanjut, sila layari website 
http://www.fim.edu.my/ 

Khamis, 19 Mei 2011

Antara produk yang dipelajari di Pastry and Bakery Kitchen Class (Semester Dua)


READ BEAN BUN, boleh dibentuk dengan pelbagai rupa :D


STRAWBERRY MARSHMELLOW


MACARON



BISKUT FORENTINE 



MAXICAN BUN

Antara produk yang dipelajari di Pastry and Bakery Kitchen Class (Semester Satu)


Choux Paste : Swan




Corn Cupcakes



Chocolate Chip Muffin



Fruit Tartlets


Vanilla Sponge / Swiss Roll


Walnat Tart

Jumaat, 29 April 2011

Siapakah dia?



Soalan tu terlintas difikiran bila disoal mengenai teman hidup, "future wife" siapakah gerangan si dia?. Aku belajar untuk menyiapkan diri.

Khamis, 28 April 2011

Doaku


Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.Ya Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini.Engkau Maha tahu atas apa yg menimpa diriku.Aku tak ingin kehilangn cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mngusir pesona kecantikkan seorang makhluk yg Engkau ciptakan.Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah & suaranya Ilahi. Ilahi,tuntukanlah langkahku pd garis takdir yg paling Engkau redhai.Ya Allah, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu, Ya Allah, jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu,Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu lagi,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwa-Mu,telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukukanlah Ya Allah ikatannya.kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Membina Kerjaya

Menuju masa depan. Itulah ungkapan yang aku pegang sekarang. Perlu menamatkan apa yang sudah dimulakan. Jadi aku kena tamatkan pengajian aku sehingga berjaya memegang segulung diploma. InshaAllah. Itu impian aku tika ini.


Hadir ke Commercial Class




Best sgt. Dapat gak merase berada di restaurant seumpamanya. bertempat di Food Institute Of Malaysia, Restaurant Bouquet Garni. Menu pun best. Tema "Apple merah".

Ahad, 13 Mac 2011

Masih Di Food Institute of Malaysia


7/3/2011 kini dah masuk semester dua. Rase macam sekejap je mase berlalu. seolah-olah mcm baru semalam je daftar sem satu. Macam-macam jenis orang aku jumpe kat sini. Dan macam-macam jenis kawan yang aku dapat kat sini. Bak kata orang, tak lengkap dunia ni tanpa mereka. ^_^

saya kini menuntut di Food Institute of Malaysia. Suke untuk saye mempromosikan kolej tempat saye belajar ini untuk mengalakkan para pelajar dari kursus ERT, juga Pramusaji, kerana di Food Institute of Malaysia ini, menawarkan Diploma Seni Kulinari (DCA), Diploma Pastri & Bakeri (DPB), Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan & Restoran (DFRM), Diploma Pengurusan Perhotelan (DHM), dan Diploma Pengurusan Pelancongan (DTM) yang bersesuaian dengan para pelajar yang berminat. Sekiranya anda berminat untuk menyambung pelajaran diperingkat diploma, ini salah satu tempat yang amat saya galakkan. Berani saya katakan begitu, kerana Food Institute of Malaysia adalah salah sebuah institusi pengjian tinggi yang mendapat pengiktirafan MQA.


Untuk keterangan lanjut, sila layari website http://www.fim.edu.my/