Isnin, 17 Ogos 2009

CeritA DiKonGsi




Tanggal 12 julai 1987, berlaku detik2 cemas disebuah Hospital Teluk Intan. Tau sebab ape? Sebab, tarikh bersejarah nie tercatat kelahiran due kembar seiras. Nak dijadikan cerita, hospital tu tak ade scaner, so, tak leh nak scan baby yang bakal dilahirkan. So, memang tak jangka ade due bayi. First, umi berjaya melahirkan baby. Ingatkan, dah takde baby dah, sedang umi berehat selepas penat mengerang kesakitan, dirasakan seperti ade seorang lagi bayi, panggil doktor untuk mendapatkan kepastian. Sah, ade sorang lagi bayi. Kalau lewat beberapa detik, mungkin bayi tu meninggal dalam kandungan disebabkan lemas dalam janin. Alhamdulillah umi selamat melahirkan seorang lagi baby.

Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya. Waktu darjah 5, Aku dilantik sebagai pengawas pusat sumber. Seronok sangat time tu. Dapat bertugas di Perpustakaan. Dalam keseronokan aku memegang jawatan Pengawas Pusat Sumber, satu hari tu, sewaktu aku dan teman sekelasku sedang bergotong-royong membersihkan kelas,tiba-tiba aku diserang dengan sejenis kuman, aku dibawa ke Hospital Pakar Ipoh untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit Ekzema. Ekzema antara penyakit yang sangat menganggu pesakit. Terpaksa berulangkali aku ke hospital Pakar untuk mendapatkan rawatan. Waktu pembelajaranku dihabiskan dengan berjumpa dan membuat temujanji dengan doktor pakar. Kanak-kanak seusia dengan aku pada ketika itu sedang seronok menimba ilmu, aku? aku habiskan mase di hospital.

Darjah enam, UPSR makin dekat, aku ditukarkan dari kelas Enam Dahlia ke kelas Enam Cempaka. Kelas Cempaka leh diketagorikan sebagai kelas dak2 pandai. Aku rasakan seperti tidak cukup study lg. Kawan2 aku cakap, "ko takpe la, Kelas Pandai". Sedihnye pada waktu peperiksaan, aku demam teruk, tapi, periksa mesti jugak diduduki. Tamat tahap pendidikan awal aku di darjah enam. Dik kerana aku sering sakit, keputusanku tak lah memuaskan. Sekadar "Cukup-cukup Makan" saje.

Tingkatan 1, aku disekolahkan di Sekolah berasrama iaitu terletak di Gunung Semanggol. Aku mula merasakan pengalaman duduk di asrama. Hari-hari dah tak macam dulu. Kalau dulu, makan pakai aku, semua diuruskan oleh umi dan buya. Kini, tiba saat merasakan hidup berdikari. Pakaian kene basuh sendiri. waktu Makan, waktu belajar, waktu tidur, waktu prep, waktu gotong-royong, waktu solat, waktu perhimpunan, semuanya ditetapkan waktu. Semua telah dijadualkan untuk aktiviti di sini. Sepertikan terpaksa belajar.

Tika di asrama, Kembar aku ade sorang abang angkat. Aku tak berape suke sangat abang angkat die tu, sbb die mcm suke perli2 aku. Name die abang Wan. Kembar aku selalu mengadu masalah dengan abang Wan. Asrama Senior agak jauh dari kawasan Asrama kami. Aku pulak ade dapat adik angkat. Name die Shein Shanin Hafirin. Satu hari, di hujung minggu, seorang pengajar ( Encik Saidin ) ajak aku, kembar aku (Musa) , dengan kawan aku (Hafiz) keluar ke Pekan untuk beli barang sikit. Seronok sangat dapat keluar. Aku, Musa dan Hafiz cadang nak wat niage kecik2 kat asrama. Kami dah lame kumpul duit untuk tujuan itu. Dah selesai membeli barangan, haripun dah petang, En. Din hantar kami pulang ke Asrama. En. din duduk luar dari kawasan Asrama. Sedang kami bertiga nak bersiap2 solat maghrib, tiba-tiba ade sorang senior datang bagi tau yang "Ustaz Bad" nak jumpe.

Masuk je bilik ustaz tu, die tiba-tiba marah kami bertiga dengan tak tau punca. Katanya, kami keluar tanpa kebenaran warden. Aku pun hairan jugak, Sebab, kami keluar dengan En.Din. Aku dan yang lain, diberi amaran dan denda. Hukuman akan diberikan selepas solat maghrib. kami pun bersiap untuk solat maghrib. Tapi, Musa terus menuju ke Asrama Abang Angkatnye untuk dapatkan bantuan. Abang Wan cube untuk hubungi Encik Din. Selepas aku dan Hafiz solat Maghrib, kami p tukar pakaian. Lepas tu, terus ke bilik Warden. Ustaz Bad arahkan senior untuk membotakkan kepala kami bertiga. Tapi, mase tu, Musa still dengan abang Wan. Sedang kami ditobekkan kepala, tiba2 dengar bunyi sebuah kereta memasuki kawasan Asrama, nampak macam kereta Encik Din. Memang Encik Din la tu. Tibe-tibe Encik Din terus ke bilik Warden untuk bersemuka dengan ustaz bad. Bertumbuk Warden2 tu yang pertahankan hal masing2. Habis kepala aku ngan hafiz tobek2. Tapi, Musa selamat dari hukuman.Kejadian berlaku begitu pantas.

Selang beberapa hari. Umi datang ke Sekolah tu untuk menguruskan pertukaran ke sekolah lain. Aku tidak dapat berhubung lagi dengan adik angkat aku. Aku dipindahkan ke Sekolah Menengah di Ipoh. Dan Musa dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. Aku merasa dipisahkan dengan kembar aku. Sedih sangat dipisahkan dengan kembar. Aku belajar ditingkatan 2 dan 3 di sini. Memandangkan kesihatan aku yang tak berapa ok. Aku tidak dapat memberikan tumpuan pada pelajaran. Sering kali membuat temujanji dengan hospital. Aku menduduki peperiksaan PMR. Keputusan aku, kurang memuaskan juga.

Aku dipindahkan ke sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. Kat sini, banyak pengalaman yang aku dapat. Aku ditempatkan ke kelas Sains. Tapi, mak aku tak yakin aku boleh teruskan dalam bidang tu. Aku ditukarkan ke kelas Sastra VT. Subjek teras, Ekonomi Asas, Perdagangan, dan Seni Lukisan. Aku menduduki Peperiksaan SPM.

Tamat SPM, Aku mencari kerja sambilan. Aku bekerja sambilan di Syarikat Percetakan. Kat sini, banyak pengalaman yang aku dapat. Aku hanya dapat bekerja dalam 6 bulan sahaja. Aku jatuh sakit. Sedang elok untuk sembuh dari penyakit, aku mendaftar di Cosmopoint untuk Course E-Business Management. Tapi, hanya sehari sahaja aku di Cosmopoint. Aku jatuh sakit lagi. Aku ke Selangor untuk cari ubat. Banyak mencuba pelbagai jenis ubat. Dalam mase untuk mencari ubat, aku mengambil kelas bahasa Inggeris dengan Teacher Aqila. Best belajar ngan teacher nie. Die akan ajar sampai aku faham. selama dua tahun aku tak wat pape. Kerja pun tak, study pun tak. Dalam masa itu juga aku cuba untuk memohon belajar di JMti, IKM Sik, dan banyak lagi institusi pendidikan swasta yang lain. Permohonan aku berjaya untuk lanjutkan pelajaran ke IKM Sik dalam bidang Teknologi Komputer.

IKM Sik. Mula buku baru untuk aku. Aku mendaftar di IKM Sik pada hujung tahun 2007. Sesi Minggu silaturahim (MSR) bermula. Hehe.. best sangat time nie. Aku dapat kenal dengan ramai kenalan baru. Ade yang datang dari selangor, ade yang datang dari kelantan, terengganu, dan serata pelusuk malaysia. hehe.. Aku dapat fasilitator yang best. Name fasi aku, Kak Salbiah, kak Mira, Abg Said (Panjang), dan Abang Syed. Macam-macam aktiviti yang disusun untuk kami. Selepas tamat MSR, mula lah semester pertama aku disini. Antara subjek yang aku belajar mase semester satu ni ialah, Infirmation Technology, Hardware, Analogue, Basic Electronic, dan subjek akademik. Di IKM Sik, aku berkenalan dengan seorang pelajar dari Kursus Eletrical Engineering .nama beliau ialah Mohd. Khairul Hikmi bin Ishak atau lebih dikenali dengan pangilan "Kimi". Kimi memang berasal dari Sik. Kadang2, kalau aku balik awal sehari ke ikm, aku akan menginap di rumah Kimi. Banyak kenangan yang aku abadikan bersama Kimi. Untuk makluman pembaca, Kimi meninggal dunia pada tarikh 31 Mac 2009 akibat terlibat dalam nahas jalanraya.

kisah bermula di sini,

Pada tarikh tu (31 Mac 2009 ) 8:30 P.M bertempat di Pusat Pelajar, sedang aku asyik melayari internet untuk mencari bahan tugasan "assignment"... heboh pelajar lain bercerite, "kimi kemalangan"... aku tidak mengendahkan kata2 mereka untuk menyedapkan hati aku, jauh di sudut hati kecil ini berkata, "ala... dorg main2 je tu, mungkin gurauan april fool lah agaknye".... aku dihubungi Atikah, dye beritahu aku yg "kimi dah takde , isa...! kimi dah takde... (kedengaran suara tangisan atikah)" panggilan terhenti disitu. Aku mula tersentak dengan berita yang baruku terima.. bagaikan baru semalam aku jumpe ngan Arwah.. Selepas aku letak panggilan telefon, aku segera menghubungi Abang Adlie (abang pada arwah kimi) untuk mendapatkan kepastian...

Aku : Assalamualaikum, Abang, betul ke kimi xcdent?
Abg. Adlie : Waalaikumsalam, Ye isa, kimi xcdent, die meninggal sebelum maghrib td..
Aku : Isa nak ucapkan takziah la atas pemergian arwah (Sebak)
Abg. Adlie : ye...(kedengaran suara tangisan) sekarang arwah ade d bilik forensik.. tengah tggu doctor datang untuk pemeriksaan lanjut..
Aku : sabar bang, insyaAllah saye datang melawat arwah

Perbualan aku terhenti d situ..

Sedang aku mengemas leptop dan cable wire adepter, aku tercari2 kawan aku untuk berkongsi cerita. Aku bangun dari tempat duduk aku, Aku segera ke Kedai Koperasi untuk berjumpe dengan Senior aku "Syuk"... perasaan makin sebak dipelusuk dada..

aku tunggu di tengah2 pusat pelajar untuk berjumpe dengan syuk.. syuk pn sampai, lalu aku cerite kat syuk,

Aku : kimi dah meninggal... (sebak)
Syuk : sabar2... (sambil peluk aku) ish, dah2 jangan nangis, (syuk memujuk aku) aku yang tak dapat kawal lagi perasaan sedih yang menyelubungi hati ni terus menerus menangis tangisan yang sukar tuk digambarkan..sedih yang teramat sangat.

Aku mula menangis kesedihan.. sambil syuk mendakap aku sambil berjalan.. Ku rasakan, lutut lemah tak bermaya untuk berjalan.Syuk bawa aku ke rumah ketua warden iaitu Encik Azlan atau dengan nama panggilannya Cik Lan, untuk memaklumkan hal demikian. Sebenarnya Cik Lan dah tahu lebih awal dari kami.. Aku minta izin Cik Lan untuk bawa aku ke Hospital. Cik Lan pun bersetuju untuk bawa aku ke Hospital.

Sesampai di Hospital Sik, kami ke Unit Forensik.. Kelihatan ramai yang sedang menunggu di perkarangan Unit Forensik. Aku menuju ke ruang legar untuk berjumpa dengan keluarga arwah. Suasana sebak bercampur baur dengan suara tangisan sanak saudara serta kenalan rapat Arwah. Aku bersalam-salaman dengan ayah, abang dan adik arwah.

Aku dimaklumkan oleh abg adlie, masih menunggu ketibaan Doktor yang sedang dalam perjalanan.

Kelihatan juga pada ketika itu, teman2 aku yang menunggu di sebatang pokok. Aku menuju ke sana. Waktu itu, aku masih lagi menangis kesedihan. Aku rebah di pokok itu. Kawan2 aku memberi nasihat agar aku banyak2 bersabar, Atikah @ ika cakap " jangan la nangis, nanti arwah x tenang" Kak Iza pesan "isa... dah la... jangan la nangis... isa nak arwah pegi dengan keadaan tak tenang ke? biar la die pergi dengan tenang..."

aku tak dapat tahan sebak... lalu Menangis dan terus menangis...

Doktor datang, dan beberapa minit kemudian, kenalan rapat arwah dibenarkan masuk untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.. Aku kalau boleh, x mau masuk, sbb aku ni lemah semangat.. Tapi, kawan aku pesan, "baik isa p masuk, ni la kali terakhir isa leh berjumpe dengan Arwah"... Aku dipimpin oleh syuk untuk masuk ke unit forensik.

Melangkah masuk ke bilik tersebut, aku berdiri kaku. Mata bagaikan tak boleh tutup. Terkedu aku melihat Arwah dah tak bergerak, berselimut putih, Adik Arwah berdiri di pangkal kepala. Sedih dan sebak tak terkata.. tangisan terus menerus menyelunbungi perasaan aku..

1 april 2009, Aku turut sama menyertai rombongan ke rumah Arwah.. Sesampai aku disana, kedengaran tangisan ibu, kakak, abang dan ahli keluarga yang lain..

pensyarah-pensyarah juga turut hadir untuk memberi tanda penghormatan kepada arwah.

setelah pulang ke ikm, aku bagaikan tidak percaya tentang pemergian arwah. Bagaikan semalam baruku temuinye.

Arwah terlalu baik. masih terimbau kenangan tika bersamanya. Waktu aku tidak dapat membiasakan diri dengan suasana asrama, beliaulah yang ada untuk memberi bantuan padaku. Tidak jemu memberi pertolongan. itulah sifat arwah yang tak terbalas dik jasa yang telah diberikan pada mereka2 disekeliling beliau.