Isnin, 28 Disember 2009

Pengalaman Perubatan ku




Sewaktu saya berusia 10 tahun, mase tu saye baru darjah 4. Sedang saya dengan classmate bergotong-royong mengemas bilik darjah, tiba2 seluruh badan saya rasa gatal2.
Saya dibawa ke bilik guru besar. Lalu pihak pengurusan menghubungi Umi. Kemudiannya saya dibawa pulang ke rumah oleh Umi. Badan saya masih rasa tidak selesa dengan kegatalan yang dialami. Jari-jemari tidak henti menggaru.

Saya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kemudiannya saya dibawa ke Hospital Pakar bahagian Dermatologi. Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit ekzema atau eczema. Satu penyakit kulit tidak berjangkit.

Apa itu Ekzema?

Ekzema : Kulit bagai ‘mendidih’

KERADANGAN kulit akibat alahan atau ekzema biasanya dikaitkan dengan makanan, walaupun hakikatnya banyak punca lain boleh menjadi penyebabnya seperti faktor alam sekitar, termasuk cahaya matahari.

Ekzema diambil daripada perkataan Yunani bermakna mendidih dan ia dianggap tepat bagi menerangkan keadaan sebenar apabila ekzema ‘menyerang’ dan menjadi aktif.


Untuk penyakit ini aku diberikan ubat sapuan pelembap, juga ubat sapuan mengandungi steroid. Serta beberapa jenis pil.

Saya menggunakan ubat2 sapuan tersebut sehingga usiaku menjangkau 15 tahun. kemudian radang kulit saya berangsur pulih. tetapi masih meninggalkan kesan parut. Keadaan kesihatan saya tidak begitu baik. Badanku menjadi lemah. tidak bermaya. Saya berhenti mengambil ubat-ubatan yang pernah diambil.

Pada usia Saya menjangkau 17 tahun, radang kulit saya seperti aktif semula. Usia saya masuk 19 tahun, saya dibawa ke selangor untuk berubat. Saya dibawa ke Pusat homeopathy.

Pengamal perubatan tersebut mengatakan Steroid yang pernah saya ambil suatu ketika dahulu adalah hanya untuk "menghalang pengaktifan kuman Eczema". Bagaikan kuman tersebut ditidurkan. Badan saya menjadi lemah juga disebabkan kesan sampingan dari mengambil ubat sapuan Steroid tersebut.





Saya mencuba produk yang disyorkan oleh pengamal perubatan Homeopathy dengan mengambil ubatan yang berasaskn bahan semulajadi.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan ekzema bertambah teruk adalah seperti kulit kering (dehydration), jangkitan kuman S.aureus, cuaca sejuk, jenis material pakaian dan tekanan. Faktor-faktor penyebab seperti habuk dan makanan juga penting untuk diambil kira. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit dinasihati juga supaya mengurangkan pengambilan makanan tertentu seperti kekacang, telur, gandum, kacang soya, dan makanan laut.

1-Pada kebiasaannya, mereka yang menghadapi masalah ini mempunyai sejarah keluarga yang kuat. Jika salah seorang , ibu atau bapa menghidap akzema, anak mereka turut berisiko menghidap penyakit berkenaan sebanyak 60 peratus.

2-Jika kedua-duanya bermasalah ekzema maka risiko anak untuk mendapat penyakit ini lebih tinggi iaitu kira2 81 peratus.

3-Dalam keluarga yang sama selalunya terdapat sejarah penyakit alahan yang lain seperti allergic rhinitis dan lelah ( Asthma ).

*ketiga-tiga penyakit tersebut asasnya adalah alahan. Kadang-kadang pesakit menghidap dua masalah serentak iaitu menghidap ekzema dan Asthma. Mengamalkan cara hidup yang sihat adalah cara yang baik.

Pada awal tahun 2009, Saya disahkan pula sebagai pengidap Thalassemia Minor (trait) juga penghidap migraine.


- Tahap pembawa heterozigot tidak bersimptom.

- Anemia mungkin hadir atau tiada. Sel-sel darah merah adalah hipokromik dan mikrositik dengan jumlah MCV dan MCH yang rendah, menyukarkan perbezaan dengan kekurangan zat besi. Walaubagaimanapun, kedua-dua ini akan dapat dibezakan dengan nilai Ferritin serum dan zat besi yang tersimpan adalah normal dalam trait Thalassemia. Elektroferesis Hb biasanya menunjukkan peningkatan nilai Hb A2 dan kadang-kala Hb F juga turut meningkat. Supplement zat besi tidak perlu diberikan kepada pesakit ini melainkan ada tanda-tanda kekurangan zat besi.



Apa itu Thalassemia?

Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksijen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis talasemia iaitu:

(a)Talasemia minor :
Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

(b)Talasemia major :
Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Talasemia atau dalam bahasa Inggeris'nya Thalassaemia merupakan penyakit keturunan sel darah merah "erythrocyte", dikelaskan sebagai hemoglobinopathi: masalah genetik yang mengakibatkan penghasilan molekul hemoglobin tidak normal. Sel darah merah yang lemah dan terdedah kepada kecederaan mekanikal dan mudah mati. Untuk terus hidup, pengidap talasemia memerlukan pemindahan darah secara berkala.

Syukur saya hanya pengidap dan bukan pembawa. Tetapi saya dinasihati oleh doktor agar menjaga kesihatan memandangkan saya sering keletihan, Lesu tak bermaya.



PEWARISAN THALASSEMIA adalah seperti berikut :

Biasanya penghidap Thalassemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan.Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Thalassemia kepada anak-anaknya.Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.

Peratusan risiko untuk setiap kehamilan:
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Thalassemia(Thalassemia major)


Pesakit Thalassemia :
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal.



Apa itu migraine?

cerita migraine bermula disini. migraine adalah suatu rasa yang tidak selesa pada kepala. Migraine boleh menyerang di atas bulu kening mata di sebelah kiri atau di sebelah kanan atau kedua-duanya selkali. Gejala migraine ini selalunya berpunca dari tekanan terlalu banyak berfikir, juga boleh menyerang penghidap apabila perut mengalami gestrik.

sebelum saya disahkan sebagai pengidap migraine, saya sering kali berasa kekejangan di bahagian belakang leher, kadang-kala berasa sakit bagaikan seperti ada sesuatu yang ingin menembusi kepala. Ada yang berpendapat, simtom yang saya alami hanya kerana penglihatan yang tidak baik.

Saya mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital. disebabkan terlalu sakit, doktor mengesyorkan agar saya menjalani imbasan x ray untuk mengetahui kebarangkalian yang mungkin baik atau sebaliknya. Untuk mendapatkan keputusan x ray tersebut antara seminggu.

selepas seminggu, saya kembali ke hospital untuk mendapatkan keputusan x ray tersebut. Alhamdulillah tiada sebarang masalah. Doktor hanya menasihatkan agar saya banyakkan berehat dan jangan terlalu banyak berfikir. banyakkan minum air masak untuk menyeimbangkan kadar kemasukan oksigen dalam badan dan ke otak.

enam bulan kemudiannya, saya sekali lagi diserang kesakitan di bahagian kepala, kali ini di bahagian dahi, di atas bulu kening kiri dan kanan, kesakitan juga dapat dirasai di sekitar kawasan telinga. saya mendapatkan pemeriksaan di hospital. kali ini, doktor mengesahkan saya menghidap migraine.

saya mendapat ubat seperti MAGNESIUM TRISILICATE CO. dan kapsul MEFENAMIC ACID dan karar pengambilan adalah seperti 2 biji sekali makan, diambil 3 kali sehari selepas makan untuk kedua-dua jenis ubat. saya disarankan mendapat pemeriksaan di hospital besar untuk rawatan susulan.

Semasa mendapatkan rawatan susulan di hospital besar, ubat yang pernah saya ambil digantikan dengan ubat bernama SANDOMIGRIN dengan kadar pengambilan (jika perlu).

Sepertinya, saya tidak selesa untuk mengambil ubat SANDOMIGRIN.

Saya dapatkan rawatan di klinik kerajaan, dan mengadukan hal yang berkaitan. Saya meminta penyakit saya di bawa ke hospital pakar.

di hospital pakar, saya diberikan ubat bernama SIBELIUM. kadar pengambilan Jika Perlu. Ubat ini agak berkesan untuk menangani masalah kesakitan yang saya alami.

Doktor pernah memberitahu, kadar kesakitan migraine seseorang adalah berlainan serta ubatan yang diberikan kepada pesakit juga berlainan mengikut tahap masing-masing.

ini adalah ubat SIBLIUM.



Selepas mengambil ubat SIBLIUM dalam 3 bulan berturut-turut, saya kemudiannya menjalani pemeriksaan kepala dengan menggunakan CT Scan. dan keputusan boleh dikeluarkan angaran dalam masa 20 hari. CT Scan adalah mesin pengimbas 3 dimensi. Ianya bertujuan untuk mendapatkan gambaran otak saya dalam bentuk 3 dimensi.




Jadi, Amalkanlah cara hidup yang sihat.

Alhamdulillah saya temui kaedah baharu utk menghilangkan migraine. Iaitu dengan minum air teh bunga. x kisah la nk minum teh bunga yg fresh ataupun teh bunga kotak tu.. tp memang 99% dapat menghilangkan sakit migraine saya. cubalah.







Rabu, 30 September 2009

Syawal, Salam idulfitri.


Salam syawal, minal idil wal faizin. Aidilfitri 2009 menjelma lagi.
Pertamanye, iss mohon ampon maaf pade semua yang mengenali diri nie.
Biase la, manusie, insan, yang x lari dari wat salah. iss pn x terkecuali dari melakukan kesilapan. Mohon maaf juge kepade Umi, buya, dan semue adik-beradik iss. Dan x lupe juge pada sahabat handai yang mengenali diri ini. Same2 kite membuka buku baru untuk mase yang mendatang kelak. Pade kawan2 mantan pelajar IKM, Sik sesi jan 2008 - dis 2009, iss mohon maaf gak kalau selame kite di alam pembelajaran, iss ade wat silap kat korang. Pade mane2 kengkawan yang x dapat kad raye, jangan la berkecil hati, sbb iss x dapat nak bagi pade yang xde alamat. Nak kirim sms pn, ade yg x sempat nak bg phone number mase kat ikm. Hehe rase mcm x sabar nak jumpe korang semule. InsyaAllah kite akan bersue mase hari konvo nanti.




Itu lah kemeriahan Syawal. Dirasai dengan pelbagai macam cara. Ada yang berutus kad Ucapan melalui pos, ada juge yang menghantar Khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda ingatan dihari lebaran, ada yang menghantar kad ucapan melalui surat elektronik (e-mail) dan pelbagai macam cara untuk diraikan bersama. Pada perantauan yang beraya di luar negara, mesti terasa kerinduan pada kampung halaman. Nak juge rase masakan di tanah tumpah darah sendiri. Ade yang menangis dirantauan dik kerana kerinduan yang x terubat. ada juga yang terubat dengan kiriman makanan dari tanah air seperti kiriman kuih raye dan sebagainya. hehe x lupe gak yg main mercun, main bunga api, hehe kalau yg bernasib malang, termakan diri dgn mercun yg dimain.. tp, hehe aku pn x lepaskan peluang nak tngk percun dibakar...
kat bawah ni antara gambar mercun yang aku saksikan ngan mate kepale aku sendiri.. hehe..





percikan bunga api berwarna kebiruan.





percikan bunga api berwarna-warni.





percikan bunga api berwarna keemasan.





Abis dah.. hehehe





Tanggal 20 September 2009, masuk lah 1 syawal.. hehe time raye nie.. mcm2 persiapan la yg dah dibuat, dengan kuih rayenye, rendang, lemang, langsir, dan mcm2 agi.. Pagi syawal, aku n adik-beradik yang lain bersiap nak ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raye.. hehe pakai beraneka warne.. sbb kami x pernah nak amalkan "baju bertema".. hehe.. Ade baju ijau, ade baju merun, ade baju ungu, ade warna biru hehehe..




dah siap2, aku ngan adik2 berjalan kaki ke masjid yg letaknya x jaoh dari rumah aku... mcm biase... takbir raye bergema disejenak pelusuk masjid.. huhu time nie mule rase sebak dik kerna teringatkan kenangan bersama kawan baik aku yg telah kembali kerahmatullah baru2 ini.. Terimbau juga kenangan tika berhari raya di IKM Sik. hehe indahnye kenangan2 manis, dan sedihnya kenangan2 duka. Dah selesai solat ari raye, balik umah... salam-salaman. hehe.. hm... tapi aku sedih sikit, sbb x dapat nak ikot parents n adik2 lain beraye di rumah "kampung Melayu", keluarga belah ayah.. sebab, pade tika itu, aku x sihat. jadi dok berehat je la kat umah.



Tengah ari, parents ngan adik-beradik lain pn balik umah,dan cadangannye nak beraye ke Teratak Warisan, kediaman Opah Chik lak petang nanti.. Lepas berehat2, jam dah dekat kol 5, kami adik beradik pn bersiap2 nak ke rumah opah. Hehe bawak kuih raye, bawak kerepek Bawang.
tau ape yg best kat umah opah nie? Opah hidang nasik lemak... ade lemang, ade rendang, ade kuih2 raye, ade nasi impit, n mcm2 lg lah.. hehe

dah makan2, aku bersiar2 kat halaman rumah opah Chik, hehe berjalan ngan adik aku... kat bawah ni aku letakkan gambarnye.. hehe...





amin watpe tu?





Teratak Warisan.
Kediaman Opah Chik.





Teratak Warisan.
Pandangan Sisi.





Belakang.. umah opah





umi bergambar kat lanskap umah opah.





Opah Chik dan umi bergambar tanda kenang-kenangan.





opah n kak yong





opah n musa.





opah n aku.





opah n amin.





hehe sibuk je dak2 tu nak wit raye..
hehehe opah nak brgambar pn cemburu..haha





Opah n Arifin





nie dak2 kampung mai beraye kat umah aku.. hehe



Isnin, 17 Ogos 2009

CeritA DiKonGsi




Tanggal 12 julai 1987, berlaku detik2 cemas disebuah Hospital Teluk Intan. Tau sebab ape? Sebab, tarikh bersejarah nie tercatat kelahiran due kembar seiras. Nak dijadikan cerita, hospital tu tak ade scaner, so, tak leh nak scan baby yang bakal dilahirkan. So, memang tak jangka ade due bayi. First, umi berjaya melahirkan baby. Ingatkan, dah takde baby dah, sedang umi berehat selepas penat mengerang kesakitan, dirasakan seperti ade seorang lagi bayi, panggil doktor untuk mendapatkan kepastian. Sah, ade sorang lagi bayi. Kalau lewat beberapa detik, mungkin bayi tu meninggal dalam kandungan disebabkan lemas dalam janin. Alhamdulillah umi selamat melahirkan seorang lagi baby.

Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya. Waktu darjah 5, Aku dilantik sebagai pengawas pusat sumber. Seronok sangat time tu. Dapat bertugas di Perpustakaan. Dalam keseronokan aku memegang jawatan Pengawas Pusat Sumber, satu hari tu, sewaktu aku dan teman sekelasku sedang bergotong-royong membersihkan kelas,tiba-tiba aku diserang dengan sejenis kuman, aku dibawa ke Hospital Pakar Ipoh untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan aku menghidap penyakit Ekzema. Ekzema antara penyakit yang sangat menganggu pesakit. Terpaksa berulangkali aku ke hospital Pakar untuk mendapatkan rawatan. Waktu pembelajaranku dihabiskan dengan berjumpa dan membuat temujanji dengan doktor pakar. Kanak-kanak seusia dengan aku pada ketika itu sedang seronok menimba ilmu, aku? aku habiskan mase di hospital.

Darjah enam, UPSR makin dekat, aku ditukarkan dari kelas Enam Dahlia ke kelas Enam Cempaka. Kelas Cempaka leh diketagorikan sebagai kelas dak2 pandai. Aku rasakan seperti tidak cukup study lg. Kawan2 aku cakap, "ko takpe la, Kelas Pandai". Sedihnye pada waktu peperiksaan, aku demam teruk, tapi, periksa mesti jugak diduduki. Tamat tahap pendidikan awal aku di darjah enam. Dik kerana aku sering sakit, keputusanku tak lah memuaskan. Sekadar "Cukup-cukup Makan" saje.

Tingkatan 1, aku disekolahkan di Sekolah berasrama iaitu terletak di Gunung Semanggol. Aku mula merasakan pengalaman duduk di asrama. Hari-hari dah tak macam dulu. Kalau dulu, makan pakai aku, semua diuruskan oleh umi dan buya. Kini, tiba saat merasakan hidup berdikari. Pakaian kene basuh sendiri. waktu Makan, waktu belajar, waktu tidur, waktu prep, waktu gotong-royong, waktu solat, waktu perhimpunan, semuanya ditetapkan waktu. Semua telah dijadualkan untuk aktiviti di sini. Sepertikan terpaksa belajar.

Tika di asrama, Kembar aku ade sorang abang angkat. Aku tak berape suke sangat abang angkat die tu, sbb die mcm suke perli2 aku. Name die abang Wan. Kembar aku selalu mengadu masalah dengan abang Wan. Asrama Senior agak jauh dari kawasan Asrama kami. Aku pulak ade dapat adik angkat. Name die Shein Shanin Hafirin. Satu hari, di hujung minggu, seorang pengajar ( Encik Saidin ) ajak aku, kembar aku (Musa) , dengan kawan aku (Hafiz) keluar ke Pekan untuk beli barang sikit. Seronok sangat dapat keluar. Aku, Musa dan Hafiz cadang nak wat niage kecik2 kat asrama. Kami dah lame kumpul duit untuk tujuan itu. Dah selesai membeli barangan, haripun dah petang, En. Din hantar kami pulang ke Asrama. En. din duduk luar dari kawasan Asrama. Sedang kami bertiga nak bersiap2 solat maghrib, tiba-tiba ade sorang senior datang bagi tau yang "Ustaz Bad" nak jumpe.

Masuk je bilik ustaz tu, die tiba-tiba marah kami bertiga dengan tak tau punca. Katanya, kami keluar tanpa kebenaran warden. Aku pun hairan jugak, Sebab, kami keluar dengan En.Din. Aku dan yang lain, diberi amaran dan denda. Hukuman akan diberikan selepas solat maghrib. kami pun bersiap untuk solat maghrib. Tapi, Musa terus menuju ke Asrama Abang Angkatnye untuk dapatkan bantuan. Abang Wan cube untuk hubungi Encik Din. Selepas aku dan Hafiz solat Maghrib, kami p tukar pakaian. Lepas tu, terus ke bilik Warden. Ustaz Bad arahkan senior untuk membotakkan kepala kami bertiga. Tapi, mase tu, Musa still dengan abang Wan. Sedang kami ditobekkan kepala, tiba2 dengar bunyi sebuah kereta memasuki kawasan Asrama, nampak macam kereta Encik Din. Memang Encik Din la tu. Tibe-tibe Encik Din terus ke bilik Warden untuk bersemuka dengan ustaz bad. Bertumbuk Warden2 tu yang pertahankan hal masing2. Habis kepala aku ngan hafiz tobek2. Tapi, Musa selamat dari hukuman.Kejadian berlaku begitu pantas.

Selang beberapa hari. Umi datang ke Sekolah tu untuk menguruskan pertukaran ke sekolah lain. Aku tidak dapat berhubung lagi dengan adik angkat aku. Aku dipindahkan ke Sekolah Menengah di Ipoh. Dan Musa dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. Aku merasa dipisahkan dengan kembar aku. Sedih sangat dipisahkan dengan kembar. Aku belajar ditingkatan 2 dan 3 di sini. Memandangkan kesihatan aku yang tak berapa ok. Aku tidak dapat memberikan tumpuan pada pelajaran. Sering kali membuat temujanji dengan hospital. Aku menduduki peperiksaan PMR. Keputusan aku, kurang memuaskan juga.

Aku dipindahkan ke sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. Kat sini, banyak pengalaman yang aku dapat. Aku ditempatkan ke kelas Sains. Tapi, mak aku tak yakin aku boleh teruskan dalam bidang tu. Aku ditukarkan ke kelas Sastra VT. Subjek teras, Ekonomi Asas, Perdagangan, dan Seni Lukisan. Aku menduduki Peperiksaan SPM.

Tamat SPM, Aku mencari kerja sambilan. Aku bekerja sambilan di Syarikat Percetakan. Kat sini, banyak pengalaman yang aku dapat. Aku hanya dapat bekerja dalam 6 bulan sahaja. Aku jatuh sakit. Sedang elok untuk sembuh dari penyakit, aku mendaftar di Cosmopoint untuk Course E-Business Management. Tapi, hanya sehari sahaja aku di Cosmopoint. Aku jatuh sakit lagi. Aku ke Selangor untuk cari ubat. Banyak mencuba pelbagai jenis ubat. Dalam mase untuk mencari ubat, aku mengambil kelas bahasa Inggeris dengan Teacher Aqila. Best belajar ngan teacher nie. Die akan ajar sampai aku faham. selama dua tahun aku tak wat pape. Kerja pun tak, study pun tak. Dalam masa itu juga aku cuba untuk memohon belajar di JMti, IKM Sik, dan banyak lagi institusi pendidikan swasta yang lain. Permohonan aku berjaya untuk lanjutkan pelajaran ke IKM Sik dalam bidang Teknologi Komputer.

IKM Sik. Mula buku baru untuk aku. Aku mendaftar di IKM Sik pada hujung tahun 2007. Sesi Minggu silaturahim (MSR) bermula. Hehe.. best sangat time nie. Aku dapat kenal dengan ramai kenalan baru. Ade yang datang dari selangor, ade yang datang dari kelantan, terengganu, dan serata pelusuk malaysia. hehe.. Aku dapat fasilitator yang best. Name fasi aku, Kak Salbiah, kak Mira, Abg Said (Panjang), dan Abang Syed. Macam-macam aktiviti yang disusun untuk kami. Selepas tamat MSR, mula lah semester pertama aku disini. Antara subjek yang aku belajar mase semester satu ni ialah, Infirmation Technology, Hardware, Analogue, Basic Electronic, dan subjek akademik. Di IKM Sik, aku berkenalan dengan seorang pelajar dari Kursus Eletrical Engineering .nama beliau ialah Mohd. Khairul Hikmi bin Ishak atau lebih dikenali dengan pangilan "Kimi". Kimi memang berasal dari Sik. Kadang2, kalau aku balik awal sehari ke ikm, aku akan menginap di rumah Kimi. Banyak kenangan yang aku abadikan bersama Kimi. Untuk makluman pembaca, Kimi meninggal dunia pada tarikh 31 Mac 2009 akibat terlibat dalam nahas jalanraya.

kisah bermula di sini,

Pada tarikh tu (31 Mac 2009 ) 8:30 P.M bertempat di Pusat Pelajar, sedang aku asyik melayari internet untuk mencari bahan tugasan "assignment"... heboh pelajar lain bercerite, "kimi kemalangan"... aku tidak mengendahkan kata2 mereka untuk menyedapkan hati aku, jauh di sudut hati kecil ini berkata, "ala... dorg main2 je tu, mungkin gurauan april fool lah agaknye".... aku dihubungi Atikah, dye beritahu aku yg "kimi dah takde , isa...! kimi dah takde... (kedengaran suara tangisan atikah)" panggilan terhenti disitu. Aku mula tersentak dengan berita yang baruku terima.. bagaikan baru semalam aku jumpe ngan Arwah.. Selepas aku letak panggilan telefon, aku segera menghubungi Abang Adlie (abang pada arwah kimi) untuk mendapatkan kepastian...

Aku : Assalamualaikum, Abang, betul ke kimi xcdent?
Abg. Adlie : Waalaikumsalam, Ye isa, kimi xcdent, die meninggal sebelum maghrib td..
Aku : Isa nak ucapkan takziah la atas pemergian arwah (Sebak)
Abg. Adlie : ye...(kedengaran suara tangisan) sekarang arwah ade d bilik forensik.. tengah tggu doctor datang untuk pemeriksaan lanjut..
Aku : sabar bang, insyaAllah saye datang melawat arwah

Perbualan aku terhenti d situ..

Sedang aku mengemas leptop dan cable wire adepter, aku tercari2 kawan aku untuk berkongsi cerita. Aku bangun dari tempat duduk aku, Aku segera ke Kedai Koperasi untuk berjumpe dengan Senior aku "Syuk"... perasaan makin sebak dipelusuk dada..

aku tunggu di tengah2 pusat pelajar untuk berjumpe dengan syuk.. syuk pn sampai, lalu aku cerite kat syuk,

Aku : kimi dah meninggal... (sebak)
Syuk : sabar2... (sambil peluk aku) ish, dah2 jangan nangis, (syuk memujuk aku) aku yang tak dapat kawal lagi perasaan sedih yang menyelubungi hati ni terus menerus menangis tangisan yang sukar tuk digambarkan..sedih yang teramat sangat.

Aku mula menangis kesedihan.. sambil syuk mendakap aku sambil berjalan.. Ku rasakan, lutut lemah tak bermaya untuk berjalan.Syuk bawa aku ke rumah ketua warden iaitu Encik Azlan atau dengan nama panggilannya Cik Lan, untuk memaklumkan hal demikian. Sebenarnya Cik Lan dah tahu lebih awal dari kami.. Aku minta izin Cik Lan untuk bawa aku ke Hospital. Cik Lan pun bersetuju untuk bawa aku ke Hospital.

Sesampai di Hospital Sik, kami ke Unit Forensik.. Kelihatan ramai yang sedang menunggu di perkarangan Unit Forensik. Aku menuju ke ruang legar untuk berjumpa dengan keluarga arwah. Suasana sebak bercampur baur dengan suara tangisan sanak saudara serta kenalan rapat Arwah. Aku bersalam-salaman dengan ayah, abang dan adik arwah.

Aku dimaklumkan oleh abg adlie, masih menunggu ketibaan Doktor yang sedang dalam perjalanan.

Kelihatan juga pada ketika itu, teman2 aku yang menunggu di sebatang pokok. Aku menuju ke sana. Waktu itu, aku masih lagi menangis kesedihan. Aku rebah di pokok itu. Kawan2 aku memberi nasihat agar aku banyak2 bersabar, Atikah @ ika cakap " jangan la nangis, nanti arwah x tenang" Kak Iza pesan "isa... dah la... jangan la nangis... isa nak arwah pegi dengan keadaan tak tenang ke? biar la die pergi dengan tenang..."

aku tak dapat tahan sebak... lalu Menangis dan terus menangis...

Doktor datang, dan beberapa minit kemudian, kenalan rapat arwah dibenarkan masuk untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.. Aku kalau boleh, x mau masuk, sbb aku ni lemah semangat.. Tapi, kawan aku pesan, "baik isa p masuk, ni la kali terakhir isa leh berjumpe dengan Arwah"... Aku dipimpin oleh syuk untuk masuk ke unit forensik.

Melangkah masuk ke bilik tersebut, aku berdiri kaku. Mata bagaikan tak boleh tutup. Terkedu aku melihat Arwah dah tak bergerak, berselimut putih, Adik Arwah berdiri di pangkal kepala. Sedih dan sebak tak terkata.. tangisan terus menerus menyelunbungi perasaan aku..

1 april 2009, Aku turut sama menyertai rombongan ke rumah Arwah.. Sesampai aku disana, kedengaran tangisan ibu, kakak, abang dan ahli keluarga yang lain..

pensyarah-pensyarah juga turut hadir untuk memberi tanda penghormatan kepada arwah.

setelah pulang ke ikm, aku bagaikan tidak percaya tentang pemergian arwah. Bagaikan semalam baruku temuinye.

Arwah terlalu baik. masih terimbau kenangan tika bersamanya. Waktu aku tidak dapat membiasakan diri dengan suasana asrama, beliaulah yang ada untuk memberi bantuan padaku. Tidak jemu memberi pertolongan. itulah sifat arwah yang tak terbalas dik jasa yang telah diberikan pada mereka2 disekeliling beliau.








Isnin, 27 Julai 2009

Kenangan tika di Balai Bomba.



Lokasi :
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT,
Padang Besar, Perlis.
Program :
Kursus Awam.
Tarikh:
19 dan 20 Jun 2008.

Disertai oleh Badan Perwakilan Pelajar ( BPP) Institut Kemahiran MARA Sik,Kedah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah; Perkhemahan, Penerangan atau ceramah berkaitan dengan kebakaran dan cara-cara bantuan kecemasan dilakukan, situasi kebakaran, Kejutan kebakaran dan sebagainya.




Badan Perwakilan Pelajar dan Staf Pengiring bergambar dengan staf Bomba Padang Besar, Perlis untuk gambar kenang-kenangan. Memori yang indah diamati bersama.




dari kiri ( Jack, isa a.k.a iss, Ahmad Al-Amin, Ramadhan n last but not list, Hafiz )
Shopping time. hehehe.
time nie kite orang baru abis aktiviti yang dianjurkan oleh Staf bomba.
hehehe ape agi.. jalan2 la...

tapi ade satu peristiwa yg x dapat aku lupekan. hehe
Amin mesti ingat lagi kot.

time tu kite orang p jalan2.. berpecah group. Aku jalan2 ngan Amin.. hehe usya2 baju n macam2 agi ah.. usya punya usya, tak sedar dah lewat. sbb bas dah nak gerak dah.. tapi satu mende pn x beli agi... hehehe sampai pengiring kite orang call...

hahahaha yg lucunye, sampai je kite org kat bas, cik Zam ( pengiring ) suruh driver bas Acah2 kami wat2 jalan dah... hahaha ape lagi... kelam kabut ah kejar bas...




Bermulalah situasi kecemasan. huhu
Sebelum kejadian, kami sume ade aktiviti kat dewan,
Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).
abis dekat kol 12 suku. baru je nak masuk khemah masing2, tetibe ade bunyi siren kebakaran. Ape lagi.... kelam kabut la kene p dataran utk berkumpul.
hm.... letih memang letih... tapi, best la time tu.





time nie Jurulatih kami ngah bagi penerangan cara2 nak pasang getah paip bomba. huh! nampak je cam senang, tapi huhu rumit gak.
dan bukan sebarangan arahan leh diggunakan, kene guna bahasa isyarat untuk bagi arahan.




Antara peralatan yang digunakan untuk pemadaman api kebakaran.




Paip bomba, huhu paip ni ade ketagori jgak tau?
ade saiz. Cara pemasangannya secara berkumpulan.
Ahli kumpulan mestilah peka dengan Arahan.






time nie la kene padamkan api tu...
huhu nampak jew kecik. tapi, bahang nye, huh! panas tu....
nak cite sikit, dalam kerja2 untuk memadamkan kebakaran nie,
kawalan air memainkan peranan penting dalam proses untuk padamkan api nie.
tu baru sikit... kalau kebakaran yang melibatkan bangunan, huhu lagi susah...




Makan time...!
hehehe
time nie baru abis kemas2 barang n baru abis dengar taklimat dari Jurulatih bomba.
Laparnye.....hehehe tapi.... memang best...huhu makanannye sedap.... kan best kalau makan hari2 cam nie.. hehehe




Peserta kursus Awam sedang bersiap sedia memakai Mask.
time nie baru pas dengar taklimat Situasi Kebakaran.
Tujuan pakai Mask tu adalah untuk merasai suasana kecemasan.




time nie memang lemas. rase cam nak pengsan pon ade. Panas, dengan berjalan x nampak pape, meraba2 dalam kegelapan. time tu baru la tau rase jadi org tiada penglihatan. Nasib baik die x letak asap betul-betul. huhu kalau tak, memang leh pengsan kat dalam tu sebab xde ruang .




time ni dah hampir ke kemuncak. sempit sangat tempat ni.. kene jalan2 itik untuk melepasi ruang nie dan terus membawa kamike terowong kecil. Masuk dalam Palong Air...




Ruang kecil ni lah yang menjadi jalan penamat Aktiviti " Situasi Kebakaran ".
huhu memang sempit. time nie rase lege sangat-sangat. dan dapat nikmat udara.
huhu siksenye dalam nie. nak tau sbb ape?
sbb kat dalam Palong air ni, Palong nya bukan berbentuk lurus, tapi, berbentuk turun naik, turun naik, rasenye cam ade cam papan gelongsor pon ade kat dalam nie. hehe




huhu... Aktiviti terjunan kecemasan.
nie antara topi yang perlu dikenakan semasa penerjunan dilakukan.
"utamakan Keselamatan" hahaha lebih kurang cam tu la..




tinggi tak? hehehe hm... kat sini la kene wat penerjunan tu...




Jurulatih sedang memberi taklimat ringkas sebelum penerjunan dilakukan.
tali pun ade tarikh luput gune tau? ketebalannya pun berbeza2.
bebanan pun diambil kira.




Jurulatih menunjukkan cara-cara untuk mengenakan peralatan penerjunan.




bermula lah penerjunan. Sebelum wat penerjunan tu, ade syarat2 tau?
hm... kene sebut dengan jelas Name penuh, n mcm2 agi la.
orang yang tak sihat, tak leh wat terjunan tao?
hm....




cara untuk buat ikatan tali pun kene betul caranya...
kalau silap pasang, huhu alamatnye, leh jatuh tao?




hehehe Saudara hafiz selamat melakukan terjunan.




bergambar di tapak perkhemahan.
dari kiri ( Abang chik, Mizie, Jack, n Aku -iss )






Khamis, 16 Julai 2009

Perihal Mengenai Sahabat


Mengekalkan Persahabatan













Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
* Aku rasa sangat terkilan dengan apa yang telah aku wat kat sahabat aku. Aku sangkakan, ingin mengambil berat pada sahabat aku, aku perlu mengetahui segala yang dilakukannya, ( dah makan ke, dah solat ke, dah balik ke belum dari kelas, dah sampai ke kat rumah, dah cukup ke keperluan die, dan berbagai lagi gerak geri sahabat aku, aku ingin tahu) . Aku tidak menyangkakan yang sahabat aku akan merasakan tidak selesa dan rimas dengan perbuatan tersebut.

Sahabat ku ( Berbaju Melayu Putih )
Arwah Mohd Khairul Hikmi bin Ishak.
Moga bersemadi dengan Tenang menghadap robbul Jalil.


Saling Menahan rasa Cemburu











Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...
*Aku pun pernah merasakan sedemikian terhadap sahabat ku. Tapi aku silap, aku sepatutnya membiarkan sahabat ku rasa bebas untuk berkawan dengan sapa pun. Tapi dulu, aku selalu selidik, dengan sape die kuar, dengan sape die mkn, dengan sape die jalan, n macam2 lagi..Sehingga kini, aku rase terkilan atas perbuatan aku tu... Sekarang, sahabat ku berada di Pusara suci. moga Arwah bersemadi dengan aman di sana.. Al fatihah.



Saling Memahami


Arwah Mohd khairul hikmi bin ishak.
Al-fatihah.



 



untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar membeli barang, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari rakan mu yang lain, lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.
*jangan jadi macam aku sudah... Sampai sekarang aku tak dapat nak maafkan diri ini atas perbuatan aku pada Sahabat aku. tak sempat nak mintak maaf pada si dia yang bergelar sahabat... Harap jadi iktibar pada yang lain...


Saling Mengalah
















Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

* Teringat mase aku bersama Arwah, kadang-kala aku sering tak mahu mengalah dalam percakapan. Aku je nak menang. Aku tak pikir tentang perasaannya tika itu. Hanya pikirkan tentang " Aku je yang betul ". Sesal kemudian tiada gunanya.

Saling Memberi Kemaafan












Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

* time aku marah, memang la kalau diikutkan ati marah aku nie, aku malas la nak bertegur dengan die. tapi aku selalu cepat mengalah dan memaafkan die untuk menjaga persahabatan kami. Alhamdulillah. Kekal persahabatan kami hingga ke akhirnya. Moga beliau aman di pusara Suci.

CARA-Cara memilih Sahabat










hehehe













Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.













Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).















Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.













Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.













Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.