Jumaat, 1 Mac 2013

Last Final Exam


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah.. sebak pulak dah habis study. Masing2 akan tempuhi dunia masing2. Gambar di atas antara kenangan yg saya abadikan di dalam blog ini dik kerna perjuangan yg sangat mencabar di saat2 semester akhir yang sangat padat dengan pelbagai tugasan. Wow! Alhamdulillah saya mendapat ahli kumpulan yang sangat sporting memberi kerjasama dalam setiap tugasan. Gambar di atas adalah Final Exam Asian Kuih-Muih. Bagi saya, getaran yg dirasai ketika itu, adalah satu suntikan semangat untuk terus maju kehadapan, dengan pelbagai cabaran yang akan saya lalui di masa mendatang kelak. Saya kini bergelar Mantan pelajar Food Institute of Malaysia.

Sebak rasanya bila rutin harian bergelar seorang pelajar sudah berakhir. InsyaAllah, akan saya amati segala perincian ilmu yg diberikan oleh warga pendidik Food Institute of Malaysia. Akan saya garap suntikkan Ilmiah tersebut dalam hidupan saya nun jauh berliku lagi.

Siapa sangka, 2 tahun Setengah sebagai pelajar Food Institute of Malaysia bagaikan semalam baru melapor diri untuk sesi pendaftaran, kini sudah menemu penghujungnya. Macam2 dilalui bersama sahabat handai, dengan adunan bermacam ragam dan garam.

Setiap kita mempunyai hidupan masing2. Maka, teruskanlah perjuangan mu wahai sahabat2ku sekalian. Jauh di sudut sanubari ini merindui zaman kuliah mahupun tika di dapur sesi amali. Bak kata orang, jauh dimata, namun kalian dekat di hati ini.




Final Project for ( Cake Decoration Class ) : Wedding Cakes 

Semoga Kalian semua Berjaya di dunia dan di Akhirat.

sekian. :')