Jumaat, 2 Mac 2012

Resepi Kuah kacang

mase plan nk buat majlis doa selamat itu hari, tetibe je ade yg bg idea nk buat kuah kacang makan dgn nasi impit ^_^" credit to Mohd Nafis

tp time buat itu hari, pakai Mix nut. hehe tu yg rase sedap melampau haha #kembanglalaudyebace 



Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah! 
 #Confirm Jadi

ape pn, slamat mencuba smue ^_^